Friday, November 7, 2008

Sungguh berbeda

Assalamualaikum wbt.

Ini merupakan entri pertama untuk blog baru saya memandangkan saya bercadang untuk menghapuskan blog saya yang lama. Bagi sesiapa yang pernah membaca blog lama saya, biarkanlah ia berlalu bersama arus masa dan di sini...satu titik permulaan untuk saya mencurah segala apa yang saya rasa, saya lihat, saya dengar dan saya perhati.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2008. Tapi bila diperhatikan, semakin hari semakin ketara benar rasanya tingkah laku dan fi'il perangai murid-murid zaman sekarang berbanding dengan murid-murid zaman saya menjadi murid dulu. Masih segar diingatan, murid-murid zaman dulu sangat hormat kepada guru. Mengiakan kata-kata guru kadang-kadang melebihi kata-kata ibu bapa sendiri. Masa itu, terlalulah seronoknya jika cikgu meminta kita menghantar buku atau mengambil buku di bilik guru, seronok juga bila guru meminta kita membeli barang di kantin atau koperasi. Dan megah semacam bila cikgu asyik meminta kita menjawab soalan. Lebih daripada itu, siap berlagak dengan kawan-kawan bila cikgu kenal dan menyebut nama kita. Tengok...cikgu ingat nama aku.. Begitulah murid-murid pada masa itu.

Kalau ada yang tersilap menjawab atau berkelakuan yang yang tidak sepatutnya, murid-murid sewaktu itu bukan sahaja bimbang dan takut dimarahi guru, malah lebih takut lagi jika diketahui oleh ibu bapa masing-masing yang pastinya akan dikenakan hukuman tanpa sebarang pembelaan (termasuk juga saya). Berbeza sungguh dengan murid-murid zaman kini yang segelintirnya tanpa segan silu melawan guru-guru. Berkelakuan sesuka hati, sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan orang lain hatta peraturan atau undang-undang sekalipun.

Wassalam.

No comments: