Assalamualaikum wbt.
Orang selalu kata,
Merah itu darah,
Hijau itu aman,
Biru itu damai,
Kuning itu ceria,
Putih itu suci,
Dan hitam itu kualiti,
Tapi betulkah apa yang orang selalu kata,
Atau mereka pun hanya dengar dari apa yang orang selalu kata?
Ada orang kata,
Rambut saja hitam,
Mata saja dua biji,
Mulut saja satu,
Nama pun manusia..
Tapi sekarang rambut boleh bertukar warna dan gaya,
Mata boleh jadi empat (pakai spek),
Tapi mulut tetap satu,
Dan manusia boleh jadi binatang dan tak berperasaan,
Habis, apa sebabnya hati boleh jadi lain-lain..
Orang kata,
Setiap orang berlainan,
Cara fikir berbeza,
Kehendak pun tak sama,
Rasa pun tak serupa..
Tapi mahu pula hidup bersama..
Bagai kata orang,
Kubur kata mari,
Rumah kata pergi...
Orang kata,
Kita ni hidup bermasyarakat,
Perlu saling memahami,
Perlu saling menyayangi,
Perlu ada tolak ansur…
dan hidup ini mudah,
Dan yang mudah tak perlu disusahkan..
Dan yang susah kita mudahkan..
Tapi, sejauh mana benarnya kata-kata itu?
Ke depan sakit,
Ke belakang terluka,
Ke kanan terhimpit,
Ke kiri terseksa,
Dan diam di situ mati….
Ke mana nak pergi?
Jalan penyelesaian...
Susah tapi mudah ,
Senang tapi sukar,
Satu tapi banyak!
KEMBALI PADANYA
Dan ingat yang kita ini memang TAKKAN SAMA..
Macam merepek saja bunyinya...Andai ada yang faham, saya hargai dan terima kasih tapi sekiranya tidak...ia mungkin hanya sebuah permainan kata.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment