Assalamualaikum wbt.
Hari ini tidak ada paper, jadi saya hanya duduk sendirian di rumah sambil menonton tv. Tanpa disangka saya menerima panggilan dari kak Rumaizah setelah kian lama tidak berhubung. Alangkah banyak dugaan yang menimpanya. Jauh di sudut hati, saya merasa sedih kerana nama saya pun dikaitkan dalam permasalahan itu. Tiada apa yang mampu saya lakukan buat kak Rumaizah selain berdoa agar teruskan bersabar kerana saya tahu dia seorang yang amat tabah,seribu kali jauh lebih cekal dari saya.
Wassalam.
Friday, November 14, 2008
Saturday, November 8, 2008
Qalam menulis
Assalamualaikum wbt.
AIR MATA tak kan mengalir ..
jika HATI tak terluka,
KETAWA tak kan hadir ..
jika HATI tak terhibur,
RINDU tak kan wujud ..
jika HATI tak menyayangi,
SAYANG tak kan berputik ..
jika HATI tak mengasihi.
Manusia...tak puas dengan apa yang telah di kecapi. Nafsu ingin memiliki lebih dari HAK diri.Bila di suruh merapati ILAHI....terhantuk,terkejar,terlelap oleh beratnya bahu memikul DUNIAWI.
Akhirat umpama fatamorgana pada pandangan hati...Mata berpinar oleh NUR kemodenan, menenggelamkan yang HAKIKI, kenapa tidak selari dengan apa yang telah Al-Quran tunjuki??Apa salah memiliki DUNIAWI dan UKHRAWI? kenapa harus memilih satu yang akan busuk bila diberi keduanya yang akan saling menampungi diri?
Bahu terasa berat memikul dakwah, untung ada sahabat yang meringankan. Diri umpama berpaut pada ranting layu yang setiap hari di bajai IMAN dan CINTA Tuhan..menjadikan ranting ini segar dan kembali hijau, berbunga indah...
Lalu suatu malam, sebelum mata terlelap, hati merintih pilu, kenapa kosong semacam derita, apa yang diri ini lupa?
Wahai Ar- Rahman,....jangan palingkan cinta ini .. dengan hidayaMu itu saya menjadi saya yang sekarang ini...dalam suasana penuh tarbiyah.. Kau telah beri suami yang sentiasa membimbing, sahabat yang saling menasihati..Kau beri keluarga yang memahami..dan kudrat yang mampu menyandang dakwah ..bantulah hamba ini ya Khaliq..

Aku dan dia
Realiti kehidupan
Assalamualaikum wbt.
ini satu refleksi, cerminan diri pada tamsil hakiki...
ini hisab diri, merenung jauh ke belakang diri...
ini satu perhitungan, apakan jadi di masa depan...
mampukah berdiri, andai aku keseorangan...
Hari-hari yang saya lalui, sejak kaki mula terjejak di atas bumi, tanah Sarawak. Saya dengan sedar mengatakan pada diri, biar di bumi mana kita berdiri, hakikatnya, kita berada di bawah langit yang sama. Dari satu bi`ah yang terdedah dengan mehnah dan trebulasi dunia dan sekutunya, Allah menentukan saya termasuk dalam kalangan yang ditakung daripada kotor dunia, terpilih untuk dibersihkan. Seumpama memisahkan antara kaca dan permata.
Saya sebenarnya yang memilih untuk datang ke sini semata-mata ingin bersama insan tersayang. Rasa kasih dan dorongan memberi banyak erti dalam hidup saya. Setiap saat saya melangkah dan setiap saat juga saya meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan pelbagai pengalaman telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh dengan warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa yang kadangkala tidak masuk dek akal yang tak seberapa ini. Pengajaran dan pengalaman ini menyebabkan saya bercita-cita mahu menjadi manusia yang lebih baik. Saya mempunyai kerjaya yang baik, dikelilingi oleh keluarga yang saling kasih mengasihi dan rakan-rakan yang berhati tulus (benar-benar tulus) - Malah saya beranggapan bahawa Allah sentiasa memberi kemuliaan kepada kehidupan saya.
Saya selalu terfikir - masa lampau adalah suatu kenangan - tak mungkin saya dapat berpatah balik. Lalu masa hadapan lah yang perlu saya hadapi dengan lebih bermakna. Namun di sana-sini, saya berhadapan dengan cabaran yang memerlukan pengamatan semula dengan apa yang pernah saya lakukan.
Sejauh mana kita menjangka dan meletakkan nilai persahabatan? Sejauh mana kita meyakini yang kita tidak pernah mempunyai musuh? Bagaimana kita melihat cabaran kehidupan dalam perspektif yang betul? Atau bagaimana kita menangani kejayaan atau kegagalan? Sanggupkah kita memburuk-burukkan rakan sendiri dalam mengejar kejayaan? Mahukah kita membantu mereka yang perlukan pertolongan dengan seikhlas mungkin?.
Itulah realiti kehidupan. Kita sentiasa dibayangi dengan pelbagai persoalan yang nampak mudah tetapi kelihatan janggal apabila ia berakhir dengan tindakan yang tidak pernah berasaskan logik.
Ketika saya mencatat kisah ini, mungkin ada kisah lain yang ingin saya sampaikan. Saya percaya, ada orang mampu mentafsir apa yang tersirat, namun lebih ramai yang mendapat pengajaran seadanya. Ya...mungkin hanya insan tertentu sahaja yang dapat menyelami isi yang tersirat melalui coretan kali ini....

Friday, November 7, 2008
Kata orang atau kata sendiri
Assalamualaikum wbt.
Orang selalu kata,
Merah itu darah,
Hijau itu aman,
Biru itu damai,
Kuning itu ceria,
Putih itu suci,
Dan hitam itu kualiti,
Tapi betulkah apa yang orang selalu kata,
Atau mereka pun hanya dengar dari apa yang orang selalu kata?
Ada orang kata,
Rambut saja hitam,
Mata saja dua biji,
Mulut saja satu,
Nama pun manusia..
Tapi sekarang rambut boleh bertukar warna dan gaya,
Mata boleh jadi empat (pakai spek),
Tapi mulut tetap satu,
Dan manusia boleh jadi binatang dan tak berperasaan,
Habis, apa sebabnya hati boleh jadi lain-lain..
Orang kata,
Setiap orang berlainan,
Cara fikir berbeza,
Kehendak pun tak sama,
Rasa pun tak serupa..
Tapi mahu pula hidup bersama..
Bagai kata orang,
Kubur kata mari,
Rumah kata pergi...
Orang kata,
Kita ni hidup bermasyarakat,
Perlu saling memahami,
Perlu saling menyayangi,
Perlu ada tolak ansur…
dan hidup ini mudah,
Dan yang mudah tak perlu disusahkan..
Dan yang susah kita mudahkan..
Tapi, sejauh mana benarnya kata-kata itu?
Ke depan sakit,
Ke belakang terluka,
Ke kanan terhimpit,
Ke kiri terseksa,
Dan diam di situ mati….
Ke mana nak pergi?
Jalan penyelesaian...
Susah tapi mudah ,
Senang tapi sukar,
Satu tapi banyak!
KEMBALI PADANYA
Dan ingat yang kita ini memang TAKKAN SAMA..
Macam merepek saja bunyinya...Andai ada yang faham, saya hargai dan terima kasih tapi sekiranya tidak...ia mungkin hanya sebuah permainan kata.

Sungguh berbeda
Assalamualaikum wbt.
Ini merupakan entri pertama untuk blog baru saya memandangkan saya bercadang untuk menghapuskan blog saya yang lama. Bagi sesiapa yang pernah membaca blog lama saya, biarkanlah ia berlalu bersama arus masa dan di sini...satu titik permulaan untuk saya mencurah segala apa yang saya rasa, saya lihat, saya dengar dan saya perhati.
Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2008. Tapi bila diperhatikan, semakin hari semakin ketara benar rasanya tingkah laku dan fi'il perangai murid-murid zaman sekarang berbanding dengan murid-murid zaman saya menjadi murid dulu. Masih segar diingatan, murid-murid zaman dulu sangat hormat kepada guru. Mengiakan kata-kata guru kadang-kadang melebihi kata-kata ibu bapa sendiri. Masa itu, terlalulah seronoknya jika cikgu meminta kita menghantar buku atau mengambil buku di bilik guru, seronok juga bila guru meminta kita membeli barang di kantin atau koperasi. Dan megah semacam bila cikgu asyik meminta kita menjawab soalan. Lebih daripada itu, siap berlagak dengan kawan-kawan bila cikgu kenal dan menyebut nama kita. Tengok...cikgu ingat nama aku.. Begitulah murid-murid pada masa itu.
Kalau ada yang tersilap menjawab atau berkelakuan yang yang tidak sepatutnya, murid-murid sewaktu itu bukan sahaja bimbang dan takut dimarahi guru, malah lebih takut lagi jika diketahui oleh ibu bapa masing-masing yang pastinya akan dikenakan hukuman tanpa sebarang pembelaan (termasuk juga saya). Berbeza sungguh dengan murid-murid zaman kini yang segelintirnya tanpa segan silu melawan guru-guru. Berkelakuan sesuka hati, sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan orang lain hatta peraturan atau undang-undang sekalipun.

Subscribe to:
Comments (Atom)