Thursday, November 23, 2023

ABU

 


Aku simpan dan abadikan kamu di sini

Moga suatu hari bila aku tiada lagi di dunia ini

Laman ini akan menjadi pengubat buat tuan kamu

Jika dia masih mengingat aku


Susan


Moga awak baik² saja
Hmmm ..
Macam mana lah tuan awak sayangkan awak yer
Saya walau baru beberapa kali jumpa awak
Hati dah jatuh sayang
Moga awak cepat sihat
Jangan buat tuan awak sedih dan susah hati lagi neh

Thursday, November 16, 2023

Di mana Kamu

Seterang apa pun bulan

Malam ini tetap malam ter-paling gelap dan sunyi

Tanpa khabar dari kamu 

Sungguh aku rindu kita yang dulu.

Rahsia Terbesar

Terima kasih kerana keberadaan kamu di sisiku selama ini

Melihat kamu setiap detik

Bisa menghilangkan gundah

Bisa membuat aku tersenyum

Kamu, rahsia terbesar dalam hidupku.

Bukan Aku yang Dulu

Langit masih sama

Cuma aku yang berbeza

Menatap

Angin tak macam sehaluan

Redupnya tampak

Kesedihan paling mencengkam

Momen yang berlalu

Memeluk kuat daya memoir

Aku dan kamu.

Tuesday, November 14, 2023

Sunyi sepi

Sunyi sepi..
Tiada lagi teman bicara untuk aku luah segala
Hanya mampu pendam hingga membuak di dada
Tiada siapa tahu
Tiada siapa mengerti
Sungguh pedih hingga air mata menitis tiba-tiba tanpa sedar
Aku rindu dia yang dulu
Yang sering membuat aku ketawa
Namun kini hanya berteman sepi

SAKIT

 Rindu yang sarat

Tak mampu aku menanggungnya lagi

Sangat sakit

Tuesday, October 31, 2023

Bukan mahu ku

Menyayangimu bukan mahuku
Membencimu pun tak mampu ku lakukan
Lantas bagaimana
Aku lemas dalam rindu yang tak bertepi

Monday, October 30, 2023

Bagaimanakah kesudahannya

Tiada siapa yang tahu kita akan seperti apa di akhir cerita. Yang jelas di saat- saat- kehadiranmu, aku mahu mencipta semuanya. Memori termanis dan kenangan terindah yang takkan mungkin engkau dan aku lupakan.
Aku mahu memberi yang terbaik untuk kamu sehingga kamu takkan jumpa lagi insan seperti aku dalam hayat ini.
Mungkin suatu hari aku akan pergi walau dalam keterpaksaan namun nama yang aku ukir dalam hatiku akan tetap kekal sampai bila-bila.
Nama kamu
Ya nama kamu...

Berakhir luka

Jika suatu hari dirimu tidak lagi menemukanku,
Maka halaman ini akan menjadi jejak untuk kamu kembali mengingat aku.
Tersirat bukan hanya sekadar kata, melainkan bahagian dari kita yang pernah bercita-cita, namun harus ikhlas menyulam doa sebagai penawar perihnya kisah yang berakhir luka. 
Jalan takdir memaksa kita untuk terus tunduk mengakhiri sudah.
Walau aku bukan lagi sesiapa, tapi percayalah bahawa dirimu adalah sebahagian dari setiap kata dalam cerita kita.

Tak mampu

Sayang ini hari demi hari sedang membunuhku

Sungguh tak mampu aku untuk membuangnya

Lantas akan aku bawa ia selamanya...

Friday, September 22, 2023

Friday, June 23, 2023

Rindu

Mengapa rindu itu

Begitu biru

Begitu riuh dalam sepiku.

Menderu

Entah sampai bila

Aku mampu memelukmu

Agar tiada lagi linang

Yang membasahi wajahku

Melangitkan namamu

Dalam doaku.

Hanya itu yang mampu

Ku lakukan

Untuk luruhkan  siksa rasa

Yang memenjara

Tuesday, April 18, 2023

Aku dan takdir

 Dari semua hal yang terjadi dalam hidupku, aku memahami satu hal bahawa kebahagiaan hanya akan dirasakan ketika kita benar-benar ikhlas menerima apa pun yang sudah menjadi jalan takdir kita.

Tidak peduli seberapa banyak rasa sakit yang pernah hadir, tidak peduli seberapa besar luka yang pernah ada, hidup terus berjalan. Langkah perlu diteruskan.

Tidak perlu menyesali kehadiran siapa pun dalam hidup ini, orang yang baik akan memberikan kenangan yang indah dan orang yang buruk setidaknya memberikan pelajaran, meski terkadang harus dengan air mata.

Hanya serpihan

Aku bahagia pernah menemukanmu dalam hidupku walau untuk waktu yang sementara.

Terima kasih untuk setiap tawa dan sayang yang luar biasa meski jika itu hanya sekadar pura-pura.

Setidak-tidaknya aku pernah merasakan bagaimana serpihan sayang itu ada.

Khabar dari-MU

Tuhan..
Beri aku kesabaran dalam menanti khabar gembira dari- Mu
Khabar yang sangat ku nantikan.
Jawaban dari doa-doa yang ku panjatkan setiap malam..
Kerana hanya Engkau sebaik-baiknya pemberi khabar gembira.

Friday, April 14, 2023

Cuma mahu satu hari

Aku mahu satu hari yang dipenuhi dengan gelak tawa kita berdua

Pergi kedai buku dan makan nasi kukus yang sedap bersama

Aku cuma minta satu hari, sayang

Hanya satu hari

Dan esoknya aku akan teruskan hidup seperti biasa

Dengan merindukan kenangan kita


* Orang miss nak pakaikan lotion kat tangan awak*

Terhukum

Terhukum rindu
Sungguh menyiksa ku

Thursday, April 13, 2023

Hakikat Sepi

Nyatanya yang pasti aku berdiri sendiri

Tanpa siapa di sisi menemani

Menoleh kiri dan kanan tapi sepi mengekori

Sepertinya sepi itu mengerti

Bahawa aku dan sepi itu adalah sahabat sejati

Sampai mati sepi itu tetap setia bersama

Sampai mati...

Wednesday, April 12, 2023

Sangat rindu kamu


Sangat rindu dengan tangan ini. Tangan yang pernah ku usap namun sudah agak lama aku tak menggenggamnya. Tanpa ku sedar air mata menitis hanya dengan melihat gambar ini sahaja. 

Allah...Moga masih ada kesempatan untuk ku raih tangan ini buat kesekian kalinya.

Rindu yang sarat.

Saturday, March 25, 2023

Aku yang salah

Aku sangka aku boleh lari dari kamu namun ternyata anggapanku salah. Hingga hari ini kamu tetap setia dalam ingatan dan tetap aku tidak lupa untuk titipkan nama kamu dalam setiap doa.
Di bulan yang penuh keberkatan ini aku terus menyusun jari menadah tangan, memohon dari yang Maha Kuasa agar sayang aku dan sayang kamu tetap utuh selamanya. Moga hadirnya kamu memberi lembaran baru buat aku yang mati jiwa.

Monday, February 27, 2023

Aku berundur

Aku berundur dan berhenti setakat ini
Anggap sahaja perhatian semalam adalah hadiah sepanjang kamu mengenali aku
Sakit sebenarnya tapi kamu yang menjadi alasan untuk aku melangkah pergi
Sukar...tapi perlahan- lahan aku cuba
Maafkan aku yang tak mampu memahami kamu

Wednesday, February 22, 2023

Rasakan

Jika kau hanya menjadikanku pelampiasan dari rasa kesepian, maka akan ku persembahkan riuh untuk kau rasakan.

Namun percayalah, itu ku lakukan bukan untuk memperjuangkan suatu k e b o d o h a n. 

Melainkan agar kau sadar erti kehadiran, setelah kehilangan.

Siapalah aku

Kerana aku bukan siapa-siapa

Kerana aku hanya menumpang kasih

Maka seharusnya aku sedar diri

Tidak berhak meminta lebih

Tidak perlu mengharap balasan

Tidak sepatutnya menggenggam angan

Kerana sampai suatu saat aku harus pergi

Meninggalkan semua...

Mohon halalkan segala apa yang telah kau beri untukku dan terima kasih atas semua kebaikan kamu.


Tuesday, February 14, 2023

Dulu dan kini

Dulu kita begitu dekat

Sedekat maghrib dan isyak

Sekarang kita mulai menjauh

Sejauh isyak dan subuh

Akhirnya

Airmata ini tiba-tiba mengalir tanpa ku pinta. Sangat sedih dan pedih. Tidak ku tahu bagaimana untuk diungkapkan. 

Wahai Tuhan yang baik.. ternyata kini rasa ini membunuhku. Aku perlu kekuatan. Tolong tanamkan kuat itu dalam jiwa aku.




Thursday, February 2, 2023

Tolong fahami aku juga

Jika kamu sibuk dengan urusanmu

aku akan memahami

Jika kamu sibuk dengan sahabatmu

aku akan memahami

Jika kamu tidak punya waktu untukku

Aku juga akan memahami.

Tapi...

Jika suatu saat nanti kamu temui aku

sedang berasa lelah menghadapi semua ini

Saat itu giliranmu untuk memahami.

Sebab

sekuat-kuatnya hati

Jika dipaksa harus memahami sendiri

Pasti akan melelahkan juga.

Pesan pada hati

Hati, rawatlah dirimu sepertimana engkau sentiasa merawatinya sepanjang tempoh nafas ini. Bukankah engkau sentiasa ditikam bertubi-tubi?  

Bukankah engkau sudah biasa dipijak lumat hampir mati? Usah risau, akhirnya bukankah engkau sentiasa memujuk diri?

Hati, aku tidak hirau andai engkau mahu menjadi sekeras besi, malahan tidak pula peduli andai busuk seperti bangkai, cumanya aku harap janganlah engkau mati rasa kerana andai itu berlaku, segalanya sudah tidak bererti lagi.

Aku sedang mencuba

Dalam tenang jangan di sangka tiada kocaknya.

Biarpun menerima tidak sepenuhnya 

masih mencuba untuk menyesuaikan diri

Hati mungkin sukar untuk menerima,

tapi takdir ilahi harus aku turutkan.

Dalam redha aku masih berpegang pada satu keyakinan.

Mungkin nak mengharap,tidak lagi

cuma keyakinan itu yang buat aku untuk terus jadi kuat.

Atau mungkin hanya sekadar untuk sedapkan hati yang sedang rawan.

Patah

Malam semakin larut. Dan aku terjaga. Lewat belakangan ini, aku mudah terjaga ketika tidur. Aku bangkit, dan melihat ada seseorang yang sedang duduk di hujung ranjang.

"Siapa kamu?"

Wajahnya terlindung di sebalik rambut yang panjang kehitaman. Sayap-nya merengkuh menutupi badan yang separuh telanjang.

"Aku, bidadari langit,"

Takut? iya. Takjub, lebih dari iya.

"Apa kamu buat di sini?"

"Hanya menumpang duduk. Sedang menjahit sayap yang kepatahan,"

 

Aku melihat jauh. Benar, sayap-nya patah. Luka. Dan si bidadari sedang menahan sakit menjahit semula sayap yang kepatahan.

 

"Kenapa sayap-mu patah?"

"Kerna aku menanggung doa kalian yang terlalu berat,"

 

Aku senyum. "Tuhan pasti tidak pernah menyuruh kamu menanggung doa aku. Malah, doa aku mungkin tidak pernah terangkat ke langit sekalipun,"

 

Bidadari itu membalas senyum lantas berkata, "Tidurlah. Hari ini belum sampai hari kamu. Sampai masa, aku datang semula,"


* Aku juga sedang patah*


Tanpa syarat

Bila rasa kita tidak lagi penting bagi dia

Jangan buat perkara yang sama seperti dia

Asalkan dia masih penting bagi kamu

Asalkan kamu tetap masih kamu yang dulu

Untuk dia... Tanpa syarat


Apa saja untukmu

Sedih..terkilan..terasa hati..merajuk

Aku tak pasti apa istilah yang sesuai untuk menterjemah apa yang aku rasa saat ini

Yang pasti masa telah merubah segala

Diamnya dia..seolah- olah ingin menjauh

Aku sudah menjangka ini namun hati tetap degil

lalu akhirnya diri harus menerima kenyataan bahawa aku dan kamu hanya sebatas angan

Pergilah ke mana saja

sejauh mana

asal kamu baik-baik saja

carilah bahagiamu

aku akan tetap doakan yang terbaik untuk kamu

tiada dendam malah sayang ini masih ku simpan.

Bertahan

Seperti yang sudah-sudah, meski tidak mudah tapi semuanya pasti mampu dilewati. Sekalipun dengan banyak keluhan dan tumpahnya air mata namun masih bertahan hingga kini..Tetapku teruskan perjalanan walau sendirian...

Aku yang sedar diri

Terkadang terselit rasa cemburu namun cermin berkata 'siapa dirimu'

Lalu ku tersedar aku bukan siapa- siapa

Hanya datang untuk menumpang kasih

Sentiasa ku berdoa moga kasih dan sayang ini tidak membunuhku

Tolong aku Tuhan..





Thursday, January 19, 2023

Terlanjur menyayangimu

Terlanjur aku menyayangimu, akanku simpan sayang ini hingga akhir nafasku. Walau kamu jauh, walau kamu tiada lagi di sisi, sayang ini tetap utuh, takkan mungkin ku buang dan aku ikhlaskan semua demi kamu.

Cuma satu yang perlu kamu tahu, andai suatu hari kamu luka, andai suatu masa kamu sendiri, andai suatu saat kamu susah dan tersakiti dan perlu bahu untuk bersandar,  perlu telinga untuk ditadah, datanglah padaku kerana aku akan sentiasa ada untuk kamu. 

Walau apapun yang terjadi, aku tetap setia di sini menanti kamu. Tiada penyesalan atas apa yang telah berlaku pada kisah kita. Semua ku simpan sebagai memori terindah.

*Terima kasih untuk kehadiran kamu dalam hidup aku*

Wednesday, January 18, 2023

Dari pena

Menulis adalah cara aku menangis

Jari-jari aku adalah degup jantung kecewa

Kata-kata aku adalah dengusan atas luka

dan puisi adalah airmatanya.

Aku sedar bahawa ucapan aku tidak akan didengar lagi

Kecewa aku tak akan dipedulikan 

bahkan pendapat aku pun tidak akan diperhatikan sama sekali.

dan kini aku takut untuk kembali cinta

bimbang mengundang kisah yang sama.


*Perempuan...berubah hati jadi keras sebab dah penat. Ada hati yang lembut tapi tak dihargai.

Itulah aku.*

Kita yang jauh

Semakin lama masa berjalan

Seakan kita terlalu jauh dipaut kesibukan

Lalu selepas purnama itu

Terlintas senyummu dalam fikiranku

Persis halilintar

Merengus sedarku

tentang kisah kita

yang merebahkan aku

dibatasan relung

indah

indah

indah

dan aku inginkan lagi saat itu

Bersamamu!


*Mungkin hanya dalam angan*

Monolog

Nyawa yang membungkus kulitku

Hanya sebahagian anugerah dari yang maha kuasa

Aku tak berbentuk dalam menjalani suatu penghidupan

Yang selalu memaksaku melengkapi hidup ini

Hidup yang bagaimana lagi?

Aku tak tahu namun yang nyata

Tak seperti itu adanya.

Hanya aku

 Bukan senang untuk kekal okay walau sudah sering menjawab

' baik-baik saja'

Sesungguhnya di balik tiap pengorbanan

Ada lelah yang disembunyikan

Ada senyum yang sengaja dipalsukan

Terkadang serasa seperti ada yang mengerti

namun sirna

lalu pada akhirnya aku tetap sendiri

hakikat yang nyata

hidup ini memang hanya aku

tiada kamu...tiada dia...tiada kita...

HANYA AKU

Rindu kamu yang dulu

Sendiri ini memang teman aku

Ternyata kesibukan telah menjarakkan kita

Aku sangat faham namun di sebalik kefahaman itu

Ada sesuatu yang aku rindukan

Aku rindu kamu yang dulu...

Wednesday, January 4, 2023

Aku tahu kamu tahu

Ada seseorang yang bukan milikku tapi dia tinggal dihatiku.

Aku sedar dia bukan takdirku tapi dia tetap melekat di fikiranku

Hadirmu dalam nyataku

selalu itu yang ku mahu saat rinduku

ahh..andai kamu tahu..

Namun aku yakin kamu mengerti

kerana kita punya rasa yang sama

dan hanya kita yang tahu

hanya kita yang memahami

Bahawa rindu ini

hanya untukmu..

Izinkan aku

Izinkan aku menyayangimu dengan caraku

walau ku tahu kita mungkin tidak saling memiliki

kerana aku hanya rembulan 

dan kau matahari yang cahaya ku

sesungguhnya berasal darimu

aku mendambakanmu walau ku tahu siapa aku

Izinkanlah aku tetap berada di hatimu walau hanya lewat rindu

dan doa untukmu.

Hanya doa

Jika kau langit 

Dan aku bumi 

Yang akan selamanya terpisah 

Mungkin doa adalah satu-satunya perantaraan 

Yang sesekali mendekatkan kita 

Ada rindu di antara tanda seru 

"Aku ingin bertemu kamu!"

Ada rindu di antara tanda tanya 

"Apakah kau merasakan yang sama?"









Cemburu

Sayang..

Aku tertanya,

Apa agaknya rasa dijamah bibir bernikotin mu?

Ya sayang..

Aku benar- benar cemburu pabila melihat vape itu diapit rakus bibirmu

.

Bukan dia..

.

Aku...

Aku yang patut berada di situ!






Tuhan tolong jagakan dia

Tuhan.. Nama yang ku ukir dalam hatiku, apakah sama dengan nama yang ada di tanganMu?

Aku merinduinya dalam setiap hembusan nafasku
Dan aku menyapanya bersama iringan doa penuh tulus
Harap dia selalu bahagia
Harap dia selalu baik-baik saja



Ada tetapi tiada

Rasa itu hilang seiring waktu berjalan. Aku cuba mengembalikan rasa sayang itu tapi aku tak mampu melakukannya sendirian. Bagaimana aku ingin mendekatimu sedangkan engkau makin menjauh. Tiada dayaku untuk mengejar lagi. Aku lelah..lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti.

Akhirnya..hanya aku yang menikmati kesepian dan kesunyian ini. Tanpa kamu lagi walau hakikatnya kamu di depan mata. Ada tetapi tiada..

Maafkan aku kerana tak mampu mempertahankan rasa ini

Tenung

 S.A.Y.A.N.G - Itu rasaku...bila tenung ke dalam matamu