Sunday, November 6, 2022

Mungkin kamu hanya mimpi

Wahai,

Sudikah kau bertompok dalam diriku

sebagai pelangi yang tersebar dari setitis hujan dalam jantungku

Sebagai laskar embun yang bergema bersama-sama azan subuh

Sebagai bau hujan yang akan meretakkan kemarau agung dalam dadaku.

Bagaimana dapat ku katakan ini

Bahawa aku telah jatuh ke dalam jiwamu

Bahawa dadaku umpama rak buku yang terlalu penuh

Bahawa aku ingin memiliki senyumanmu selama-lamanya.

Ketahuilah bahawa tika dan saat ini

Aku terlalu rindu pada anak mata

Pada canda bersahaja

Pada senyum polos, pada segala tentang kamu

Hariku mungkin sendiri

Dan masa buatkan aku terus berfikir

Bagaimana akhirnya ceritera kita

Untuk sekian kalinya

Mimpi ini kegemaran baru aku

Aku masih mahu pejam mata

untuk mimpi paling lama.


No comments: