Tuhan..Kiranya dia melakukan dosa padamu
Kau berikan keampunan atas segala dosanya
Lindungi dia dari sesuatu yang menyakitkan
Mudahkan langkahnya untuk ke syurga-Mu
Betapa pertemuan ini menghadiahkanku erti
yang selama ini ku cari dalam peritnya langkah kehidupan
Terima kasih menghadirkan dia
Walau mungkin hanya sementara
Ku syukuri, ku hargai
Benar aku menyayanginya setulus hati
Dan aku ikhlaskan semua untuk dia
Hingga tiada yang tersisa.
Ya Rabb
Kau beri aku nafas baru
Seolah-olah aku yang mati hidup kembali
Beri dia juga nafas yang tak pernah lelah
Rezeki yang sentiasa melimpah
Kesihatan yang tiada tandingan
Aku tak mampu berada disisinya
Aku tak berpeluang menjaganya
Aku tak layak berdiri setandingnya
Tiada dayaku lagi
Maka..
Ku mohon moga Kau temani dia hingga ke akhirnya
Peluklah dia dalam rahmat-Mu
Jangan tinggalkan dia walau sesaat masa
Berkati hidupnya ya Muhaimin.
*Untuk kamu..maaf atas kekhilafan ini. Maaf atas rasa yang hadir dalam jiwaku. Maaf kerana menyayangi kamu. Maaf kerana aku tak bisa menghindarnya. Moga sayang ini tidak membunuhku*