Monday, December 26, 2022

Terima kasih Muhaimin

Untuk kesempatan yang masih ada ini, cikgu ungkapkan setinggi ucapan terima kasih untuk kamu..

Terima kasih kerana pernah buat cikgu tersenyum
Terima kasih kerana pernah buat cikgu ketawa
Terima kasih kerana pernah jadi driver cikgu
Terima kasih kerana belanja cikgu makan
Terima kasih kerana pesanan 'lock kereta'
Terima kasih kerana sentiasa bertanya khabar cikgu
Terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa kamu buat cikgu
Terima kasih atas segalanya

Cikgu sangat hargai
Hanya doa sahaja yang mampu cikgu panjatkan buat kamu
Moga kamu bahagia selamanya
Moga Tuhan yang baik sentiasa menjaga kamu

Ingatlah bahawa doa cikgu sentiasa mengiringi di saat susah senang kamu
Andai umur cikgu masih ada, andai kamu perlu bahu untuk bersandar
Datang lah...cikgu sentiasa ada untuk kamu
Sayang cikgu untuk kamu sentiasa cikgu bawa ke mana saja
Sentiasa ...jangan pernah lupa itu..

Surat buat Tuhan

Ya Rabb..

Sungguh aku mengharapkan keberkatan dariMu dalam setiap keputusanku, bimbinglah hatiku, doronglah hatiku untuk memilih jalan yang lebih Engkau sukai. Takdir ini milikMu , namun doa dan usaha adalah milikku.

Dan akan sentiasa ku bermohon dariMu.

Selamat tinggal sayang

Melepas sesuatu dengan terpaksa itu sakitnya tidak sederhana

Menyudahi sebuah kisah dengan tiba-tiba juga tidak mudah.

Lalu bagaimana untuk aku lalui semua ini

Hati yang mula mencair kini kembali membeku malah lebih beku dari sebelumnya

Cuma satu...sayang ini tetapku simpan hingga akhirnya. Jangan minta aku buang rasa ini. 

Akanku sebut juga nama kamu di setiap doaku walau suatu hari cerita kita telah berakhir. 

Kerana...bahagia kamu adalah bahagiaku. Derita kamu adalah derita ku. Derita ku, derita ku jua..

Wednesday, November 30, 2022

Tentang Mimpi dan Rindu

Semalam aku mimpi kamu

Bersama dua orang insan yang teramat aku rindu dalam hayat ini

Melihat kamu bertiga

Terasa tenang dan damai

Meski hanya dalam tidur.

kamu yang masih ada

yang aku rindu namun masih berkesempatan untuk aku temui

manakala dua insan istimewa itu

tidak mungkin lagi akan aku jumpa di dunia fana

apa-apa pun

rindu kamu, rindu mereka

kedua-duanya buat aku sakit.

Habiskan masa di sini

Kebelakangan ini aku kerap ke sini

Mungkin di sini kekuatan aku

Mungkin juga menulis kekuatan aku

untuk aku meluah segala 

walau tiada siapa tahu

meski tiada siapa mengerti

tapi cukup dengan hanya 

melakar aksara di ruang ini

membuat aku rasa bebas bersuara.

Monday, November 28, 2022

Sakit yang teramat

Aku rindu kamu

dengan sangat

Hari yang berlalu seolah tidak bermakna

Aku ingin buang rasa ini

kerana terlalu sakit

tapi bagaimana harus ku usir rindu yang bersarang 

bagaimana........

sungguh dada serasa sesak yang teramat

lalu tanpa sedar aku menitiskan airmata

yang selama ini kering.

Sebatas Pesanan

 Jika suatu hari aku tiada

Ketahuilah bahawa aku tidak pernah benar-benar pergi

Hanya jasad yang berkubur

Namun pada jejak pena

Hembusan nafasku sentiasa abadi.

Maka nanti jika kau rindu

Datangilah lembar demi lembar goresan kalam di ruang ini

kerana melaluinya kamu akan

selalu bisa menemuiku.

Sebuah Kisah

Aku dan kamu

Tercipta sebuah kisah yang pada awalnya tidak pernah aku bayangkan

Hadirnya kamu membuat aku takut dengan diri sendiri

Takut untuk memaknai rasa hati

Bimbang akan kesudahan cerita ini.

Untuk apa kamu hadir dalam hidup aku

Adakah sebagai pelepas sepi

Adakah sebagai penghapus sunyi

Atau hanya satu persinggahan?

Aku sakit dengan wujudnya kamu

Jika sebelum ini aku beku

Kini hari demi hari aku mencair kerana kamu.

Bagaimana untuk aku luah pada kamu

Aku tak reti

Lalu aku simpan rasa ini

Entah sampai bila...


*Buat pertama kali aku tulis nama kamu di sini 'Muhaimin' *




Friday, November 25, 2022

Semoga

Semoga suatu hari nanti

Aku bertemu dengan seseorang yang paling mengerti erti diamku

Paling faham kalau aku hanya perlu waktu

Paling tahu untuk memilih berundur sebentar

Paling sedar yang aku sedang bergelut 

menahan marah, kecewa, sedih 

dan dalam masa yang sama, menyesal..

Paling memahami yang aku tak pernah berniat menyakiti

Paling tahu di hujung hatiku ada niat

yang baik yang sedang terkalahkan oleh emosi

dan paling tidak akan menyalahkanku

hanya kerana beberapa keterlanjuran

Paling berusaha memperbaiki serta memberi ruang

dan paling mencintaiku di saat patahku.

Rindu

Seperti hujan

Rindu adalah titisan

yang melebat tiba-tiba

Mengalirkan kamu ke dalam anganku

selalu, dan tiba-tiba.

Monday, November 21, 2022

Surat Buat Tuhan (v)

Tuhan yang baik

Bantu aku terus kuat

Aku lemah hanya dengan rasa ini

Beri aku jalan

Tunjukkan aku ke mana ujungnya

Makin lama mengenali dia

Makin aku keliru dengan perasaan sendiri

Rasa ini menghantuiku

Mengekoriku ke mana saja

Ku cuba buang jauh-jauh

Namun ternyata ia makin mendekat

Tuhan yang Maha mengetahui

Hikmah apa yang kau cuba tunjukkan

hingga aku terjebak

Ujian apa yang bakal kau hadiahkan 

hingga aku gundah sebegini

Takdir apa lagi yang kau tentukan untuk hamba-Mu ini

hingga kau menghadirkan dia

Aku bersujud padamu

Memohon dengan sepenuh hatiku yang kudus

Tolong aku...tolong dengan sangat...

Permudahkan apa yang bakal aku lalui


Usah datang jika untuk pergi

Tak usah berkunjung untuk sekejap lalu menghilang.

Yang kamu singgah ini bukannya RnR tapi hati

Jika tak bersedia untuk berkomitmen

Jangan sesekali berani mencuba

Jika sekadar mahu muncul dan menunjukkan suka

lalu menghilang tiba-tiba

Apa sebenarnya yang kamu berniat dari awal?

Siapapun kamu, beranilah mempertanggungjawabkan perasaanmu,

bukan sekadar memilikinya.

Hati bukan tempat persinggahan, 

menyinggah tika letih dan pergi tiba-tiba.

Lalu hilang..

Hati ialah tempat pulang.

Sejauh manapun kamu berkelana, 

di situlah tempat kamu pulang

akhirnya... 

Monday, November 14, 2022

Bahagia yang sementara

Sikap acuh tak acuh mu itu secara tidak langsung mengajar aku untuk mulai membiasakan hidup tanpa diri kamu. Tak perlu besar kepala, tanpa engkau pun aku masih boleh baik-baik saja. 

Tuhanku, hanya satu yang aku pohon. Semoga aku dicintai oleh orang yang aku cintai juga. Kita pernah sama-sama jatuh cinta. Sama-sama mengetahui bahawa kita saling memiliki perasaan yang sama.

Namun pada akhirnya sekeras apapun mencuba, sebaik mana pun usaha, kita tetap semakin menjauh.

Ada kalanya kebahagiaan itu tidak datang dengan cara dimiliki tetapi ia datang dengan cara melepaskan.

Sunday, November 13, 2022

Rindu

Layanan mesra dan perhatian

Tidaklah bererti terus jadi kepunyaan

Tapi hati masih degil

Tetap bergantung harapan

Walau akal arahkan untuk sedia apa kemungkinan

Dia menenangkan

Tapi terkadang jadi terus meresahkan

Ada masa mesra

Ada kala dingin..

Friday, November 11, 2022

Hei Tuan

Aku tahu yang menyayangimu bukan hanya aku

Yang mendoakanmu bukan hanya aku

Yang berusaha mendapatkan dirimu

juga bukan hanya aku.

Tapi aku tidak pernah berkeinginan

untuk memaksa kamu

agar mendapatkan ruang dihatimu untuk kasihku bermuara

kerana sebenarnya aku tidak bisa

walau sedalam mana pun sayangku padamu.

Aku hanya mampu menyayangimu dalam ketidakberdayaanku

Dan maaf..

Jika nama kamu selalu aku perbincangkan dengan-Nya

Jika aku selalu berdiskusi tentang kamu di hadapan-Nya.

Hanya pada DIA tempat aku bercerita tentangmu

Ternyata aku berani memohon kepada-Nya

agar kamu ditakdirkan untukku

Meski aku tidak pernah tahu

apakah kamu juga mendiskusi tentangku pada-Nya

Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyesal mengucap doa

Walau tak ku dapati apa yang aku minta

Namun jauh di sudut hati

Aku tetap berharap

Semoga takdir baik mempertemukan kita.

Thursday, November 10, 2022

Sayang kamu selamanya

Aku sayang kamu

Tetap sayang kamu

Walau kadang 

Aku hanya diam tanpa mampu mengucapkannya

Aku ingin terus bersamamu

Walau aku sedar

Aku takkan bisa berdiri disampingmu

Selalu ku titipkan rindu pada hembusan angin

Selalu ku bincangkan namamu disela doa

Selalu ku pinta bintang malam memastikan

Agar dirimu baik-baik saja

Maaf sayang..

Takdir ini tidak berpihak pada aku

Cukuplah hanya aku yang merasa

Ada kasih yang mula mengalir

Di setiap nadi ku

Sungguh sayang ini untuk kamu

Selamanya....

Hanya dalam angan

Izinkan aku hanya sedetik menatapmu

Meski hati ini tak seharusnya menyapa harapan

Izinkan aku bertanya kepada Tuhan

Kenapa rasa ini harus hadir

Kenapa kamu muncul kembali dalam hidupku

Aku takut dengan rinduku

Tapi selalu ku nikmati rindu ini

Walau aku sedar

Takkan ada kebersamaan abadi untuk kita

Kamu yang aku sayang

Jangan bertanya kenapa aku menyayangimu

Atau menyayangimu sebagai apa

Ternyata tak ada penyesalan untuk rasa ini

Cuma yang sesal hanyalah kerana

Aku tak mampu berdiri disamping mu.

Tuesday, November 8, 2022

Kronik

Aku memikirkanmu setiap hari

Dan esok hari aku akan memikirkanmu lagi

Aku melihat sela-sela dijariku

dan aku memikirkanmu

Aku bangun dari tidur, melirik ke arah waktu

dan aku memikirkanmu

Di waktu malam aku menarik selimut

Menarik nafas lega paling dalam

dan lagi lagi

fikirkan kamu dalam tidurku

Aku memikirkanmu

dan tak ada seorang pun yang tahu.

Monday, November 7, 2022

Mengapa Kamu

Ada jatuh yang tak pernah ku duga, hingga sebuah tanya muncul dalam benak.

Mengapa kamu? Ada rasa yang datang tanpa diundang, hingga tanpa sedar ku letakkan namamu pada urutan paling pertama dalam segala hal. Ada rasa yang sampai kini masih ku sangkal. Sebab memberi hati kepadamu tak pernah sebelumnya terfikir dek akal.

Barangkali begitulah risikonya. Betapapun sudah berhati-hati, selalu saja ada jalannya jika memang harus terjadi. Sementara hati sebetulnya sudah lelah terjatuh sendirian, tapi Tuhan mendatangkan kamu di hadapan. Kali ini entah sebagai jawapan, entah sebagai penambah pertanyaan, entah sebagai pemberi pelajaran, entah sebagai penyelamat.

Jadi, mahu dibawa ke mana hatiku ini? Haruskah aku menujumu, perjuangkan kamu lebih jauh? Atau kembali saja pada titik mula...cukup sebagai pendamba?

Andai kamu mengerti, ini bukan tanpa alasan. Ada kala aku bermonolog, mengapa kita kemudian dipertemukan? Atau mengapa kita dipertemukan kembali? Lembaran takdir apakah ini? Dan sebelum rasa tampak nyata, sudah ku sadari bahawa semuanya akan berakhir dengan sia-sia.

Kamu seperti ada untukku sayangi saja, bukan untukku miliki. Seperti dekat yang tak terjangkau, terasa tapi tak tergenggam, ada yang seperti tiada...


* aku tak mahu sakit lagi*


Tiada Tajuk

Kamu

Terima kasih kerana sudi menerang jiwa aku

Terima kasih kerana menjadi nadi aku

Terima kasih kerana bersama aku di saat aku gundah

Terima kasih kerana luangkan masa bersama aku

Kalaulah kamu tahu aku sangat bahagia disamping kamu

Sesungguhnya aku mahu susah senang bersama kamu

Tapi aku tak mampu

Aku tak bisa

Takdir ini tidak berpihak pada aku.

Kamu

Aku tetap sayang

Jangan minta aku buang apa yang aku ada ini

Selamanya akan aku simpan

dan akan aku bawa hingga berpisah nyawa dari jasad

Moga kamu tahu

Tiada yang mampu menyayangi kamu seperti aku.

Tuhan

Sayangkan dia

Berikan yang terindah buatnya

Seorang yang setia

Yang akan menjaganya sampai bila-bila

Mendengar setiap celotehnya

Melayan setiap ragamnya

dan mendukung dia di masa-masa tiada siapa bersamanya

Gadis hebat yang takkan bosan membuatnya ketawa

Berikan seseorang yang manis mulutnya untuk melafaz sayang bila-bila

Yang mahu membelainya setiap masa

Kerana dia sunyi

Kerana dia sendiri...

Surat Buat Tuhan (v)

Tuhan..
Kiranya dia melakukan dosa padamu
Kau berikan keampunan atas segala dosanya
Lindungi dia dari sesuatu yang menyakitkan
Mudahkan langkahnya untuk ke syurga-Mu

Betapa pertemuan ini menghadiahkanku erti
yang selama ini ku cari dalam peritnya langkah kehidupan
Terima kasih menghadirkan dia
Walau mungkin hanya sementara
Ku syukuri, ku hargai
Benar aku menyayanginya setulus hati
Dan aku ikhlaskan semua untuk dia
Hingga tiada yang tersisa.

Ya Rabb
Kau beri aku nafas baru
Seolah-olah aku yang mati hidup kembali
Beri dia juga nafas yang tak pernah lelah
Rezeki yang sentiasa melimpah
Kesihatan yang tiada tandingan
Aku tak mampu berada disisinya
Aku tak berpeluang menjaganya
Aku tak layak berdiri setandingnya
Tiada dayaku lagi
Maka..
Ku mohon moga Kau temani dia hingga ke akhirnya
Peluklah dia dalam rahmat-Mu
Jangan tinggalkan dia walau sesaat masa
Berkati hidupnya ya Muhaimin.

*Untuk kamu..maaf atas kekhilafan ini. Maaf atas rasa yang hadir dalam jiwaku. Maaf kerana menyayangi kamu. Maaf kerana aku tak bisa menghindarnya. Moga sayang ini tidak membunuhku*



Sunday, November 6, 2022

Mungkin kamu hanya mimpi

Wahai,

Sudikah kau bertompok dalam diriku

sebagai pelangi yang tersebar dari setitis hujan dalam jantungku

Sebagai laskar embun yang bergema bersama-sama azan subuh

Sebagai bau hujan yang akan meretakkan kemarau agung dalam dadaku.

Bagaimana dapat ku katakan ini

Bahawa aku telah jatuh ke dalam jiwamu

Bahawa dadaku umpama rak buku yang terlalu penuh

Bahawa aku ingin memiliki senyumanmu selama-lamanya.

Ketahuilah bahawa tika dan saat ini

Aku terlalu rindu pada anak mata

Pada canda bersahaja

Pada senyum polos, pada segala tentang kamu

Hariku mungkin sendiri

Dan masa buatkan aku terus berfikir

Bagaimana akhirnya ceritera kita

Untuk sekian kalinya

Mimpi ini kegemaran baru aku

Aku masih mahu pejam mata

untuk mimpi paling lama.


Friday, November 4, 2022

Thursday, November 3, 2022

Aku baik-baik saja

Selalu kau tanya aku.

Jawapannya..

Aku baik-baik saja

Jangan risau

Semuanya baik-baik saja...

Mimpi tentang kamu

Yang indah dan manis-manis

Buat aku terus kuat melangkah ke depan

Hidup...bernafas..

Tersenyum..tertawa..

Kerana pahit yang ada di sekitarku

Selalu kalah bila saja aku ingat kamu

Kamu itu api

Yang buat aku selalu hangat

Bila saja hidupku mula dingin membeku

Haru membiru

dan hitam suram dalam hatiku

Selalu bercahaya kerana kamu

Tahu?

Rindu pada kamu

Aku simpan kemas-kemas

Tekan dalam-dalam

Sebab aku sudah janji

Aku simpan kamu dalam hatiku.

Kamu juga baik-baik saja kan?

Merepek

Mahukan kamu sangat-sangat

Tapi juga tidak

Keliru?

Ya.. sungguh aku mahukan kamu

Terlalu..

Tetapi juga tidak!

Tidak..tidak..tidak...

Tidak mungkin..

Tidak bisa..

Tidak boleh..

Tidak akan..argghhhh

Apa sebenarnya?

Entah...

Sudah..sudah..keluar kamu dari kepala aku!

*Tepuk dahi berkali-kali

Bangun! Bangun! 

Jangan mimpi lagi!

Tapi benar..

Aku mahu kamu

Aku mabuk tentang kamu

Mengarut betul

Dah..Jangan merepek yang bukan-bukan

Tapi betul aku mahukan dia! 

Soalnya dia mahukan aku?????

*Angguk

Tipu....

Jauh

Aku diam bukan kerana aku benci

Tapi kerana aku tahu

walau seribu ayat yang aku lafazkan

Kita tetap sama

Tetap jauh!

Tuesday, November 1, 2022

Surat Buat Tuhan (iv)

Wahai Tuhan

Aku bersalah dengan rasa ini

Bagaimana lagi untuk aku mengelaknya

Perlukah aku terus memburu sesuatu yang belum pasti

atau haruskah aku cuba untuk menjauh

Kau maha mengerti

Kau maha tahu apa yang terbuku di hati 

Maka dengan itu ku mohon

Kau tentukanlah yang terbaik untukku dan untuk dia

Sesungguhnya aku takut untuk menyimpan angan

Pengalaman mengajarku agar tidak lagi bergantung harap.

Ya Rabb,

Andai dia yang terbaik untukku

Kau permudahkanlah

dan andai aku tidak baik untuknya

Kau jauhkanlah

Beri aku petunjuk-Mu

Beri aku jalan untuk hilangkan kebuntuan ini

Aku hanya hamba-Mu

Tetap redha dengan apa yang kau tentukan

Ampunkan aku Ya Rahman.


Saturday, October 29, 2022

Bahagia di mana

Kita masih bersama 

namun keadaan sudah tidak sama

Sungguh kebahagiaan itu bukan turun dari langit

Tapi sebuah perjuangan yang harus diperjuangkan

sampai akhir nafas..

Aku tak percaya pada 'happy ending'

Kerna sampai saat ini 

belum ku temukan bahagia itu.

Bukan Maksudku

Bukan maksudku untuk menuntut kepadamu

Tapi apakah salah jika aku menginginkan

percakapan yang lebih dari sekadar 'ya' dan 'ok'.

Bukan maksudku untuk membantah perkataanmu

Tapi apakah salah jika aku juga ingin dimengerti.

Bukan maksudku untuk menunjukkan

sisi lemahku agar kamu mengasihani aku

tetapi untuk merasa bahawa aku ini ada, dianggap dan dihargai.

Bukan maksudku untuk meminta lebih darimu

tapi apakah salah jika aku diberi sedikit perhatian

agar aku tidak merasa tersisih...

Aku sakit

Kamu adalah kebenaran yang harus ku ingkari

Kamu adalah keindahan  yang tak mampu ku nikmati

Kamu adalah kesyahduan yang hadir lewat mimpi

Kamu adalah bayangan yang hanya dalam angan

Kamu, kamu, kamu

yang tak mungkin menjadi realiti

Aku sakit dengan kisah ini

serasa semakin membarah

Ke mana harus ku cari penawar..

Tentang Rindu

Semua rindu ini untuk kamu

Seseorang yang hadir

Mungkin hanya sebagai satu persinggahan

Yang ku raih 

namun tak bisa ku genggam

Aku hanya mengungkap rasa

Tanpa mengharap apa-apa.

Dan jika rindu ini aku tumpahkan

Pada lautan

Akan sanggupkah laut menampungnya?

Duhai wahai..

Maafkan aku kerana tak mampu

hilangkan rasa ini!

Berhenti Di sini

Maaf aku berlabuh

Arusnya terlalu deras

Aku takut terhanyut

Lalu hilang tenggelam.

Maaf aku berhenti

Kakiku lelah berlari

Aku perlu berbaring

Dan hilangkan letih

Aku memilih pergi dari hatimu

Yang tak bisa ku miliki

Aku mohon izin lupakanmu

Walau terasa amat sukar.

Aku jua undur diri

dari merindukanmu

Meski ini akan sulit.

Maaf aku menyerah

Aku tak mampu fahami kamu.

Friday, October 28, 2022

Kau Yang Bernama Rindu

Kamu yang bernama rindu

Jangan hampiri aku kala malam jadi gelita

Jangan hampiri aku kala musim berganti sejuk

Jangan hampiri aku kala senja datang.

Kamu yang bernama rindu

Datangmu ku harap bersama pemilikmu

Sesekali boleh kau hinggapi kalbu ini

Ku harap esok lusa kau tak sendiri...

Hanya Bayangmu Temani Aku

Nyanyian rindu ini membuatku larut dalam rasa yang salah

Terhanyut dalam anganku tentang kamu

Bermimpi akan hadirmu disisiku

Meski hanya bayangmu yang mampu menemani aku

Aku bahagia...

Kerana bayangmu mampu membuatku

tersenyum saat mengingatnya

Maafkan aku yang tak mampu

melepas belenggu bayangmu dalam anganku

Izinkan aku menyimpannya

Walau tak mungkin untukku memilikimu.

Dari sisi berbeza

Kita adalah umpama sebuah kisah lain

yang tak bisa lagi kau dan aku sebut

sebagai cinta..

Lalu apakah?

Aku tidak pasti jawapannya

Yang nyata aku sendiri dan sentiasa sendiri

Keseorangan ditemani sepi yang mencengkam jiwa.

Kebas

Seiring waktu berlalu

Kamu kehilangan senyumku

Tiada lagi gelak tawaku bersamamu

Pudar sudah kemanjaanku

Musnah sudah rajukku

Aku kebas bagai dibius

Semua rasa hilang

dan tidak mungkin akan kembali

Seolah-olah matinya seorang aku.

Thursday, October 20, 2022

Biar waktu menentukan

Sehingga hari ini

Aku pilih diam

Hanya memintamu melalui doa

Ku biarkan waktu yang akan

menuntunku menujumu atau menjauh darimu

Biarkan aku memaknai rasaku dalam diam

Hingga aku yakin untuk

mengungkapkannya langsung dihadapanmu.

Kau itu

Bagiku, kau itu..

Yang ku raih namun tak bisa ku genggam

Yang ku temukan namun tak pernah ku dapatkan

Yang ku yakin bahagia namun tak mampu berjalan bersama

Yang mampu ku rasa begitu hangat namun tak berhak 

untuk memeluk begitu erat

Yang aku tunggu-tunggu namun menjadi yang terlewatkan

Yang ku damba dengan begitu banyak

namun hanya sekadar untuk diingat.

Wednesday, October 19, 2022

Tentang kita

Mungkin kita adalah sebuah ketidaksengajaan

Tak sengaja bertemu lalu mencipta bahagia

Mungkin pula kita hanyalah sebuah perumpamaan

Kita hanya bayangan dari sebuah kenyataan

Bahawa kita ternyata tak selamanya sejalan.

Kita diumpamakan sebagai dua hati yang sepi

dan kembali menjadi sepi

Mungkin malah kita adalah sebuah cerita manis yang terpaksaa hancur

Kita dipaksa mengikut alur

Tanpa tahu bahawa kita akan berakhir lebur.

Dalam Hati

Aku menyimpanmu di dalam hati

Hati yang juga 

ku gunakan untuk berdoa

Agar bila tuhan

Melihat isi hatiku

DIA juga akan melihat kamu.

Tuesday, October 18, 2022

Masih berharap

Aku masih berharap

Tanpa tahu apa yang bakal terjadi 

dengan harapan ini nanti

Terima kasih untuk KAMU

Terima kasih untuk kamu yang berkenan hadir dalam kehidupanku

Terima kasih untuk kamu yang telah menyisakan kenangan manis walau seketika

Terima kasih untuk kamu yang telah mengambil bahagian dalam otakku

Terima kasih untuk kamu yang mengambil waktu ku 24 jam dalam memikirkanmu

Terima kasih untuk kamu yang telah mengingatkanku kembali bagaimana rasanya merindu

Terima kasih untuk senyuman kamu yang mampu buat aku jua menguntum senyum

Terima kasih untuk kamu atas setiap gurau senda yang bisa buat aku ketawa.

.

Akanku simpan semuanya jadi memori terindah. Andai aku pergi, hanya jasad yang tiada, namun namamu tetap sentiasa ku bawa dan mekar di hati ini. Sentiasa..

*Telah ku pahat namamu di dalam sini dan takkan mungkin hilang selamanya!

Monday, October 17, 2022

Langkah ini makin longlai

Langkahku makin goyah

Menyusuri jejak tanpa arah

Dan aku kian melemah...

Mana kekuatan dulu

Yang selama ini  menebal dalam diri

Betapa mudah ia menipis

Sangkaku aku mampu bertahan

tapi kini ku tidak lagi pasti

Serasa longlai langkah ini

Mencari tak bererti

Menanti yang tak pasti

Aku  lelah...

Mohon moga aku tak jatuh tersungkur

Tuhan...

Aku sudah tak berdaya lagi

Bantu aku bangun..

Tolong aku untuk bangkit.


Lembar yang salah

Bolehkah aku menyalahkan semesta

Yang mempertemukan kita

Menanam rasa dalam dada

Kemudian menghadiahi lara.

Harus aku apakan hujan yang terlanjur datang

Tumpah menggenang

Melarutkan semua rasa

Dan hanya menyisakan bayang.

Andai aku tahu

Langit tak selalunya biru

Aku memilih tak pernah mengenalmu

Jika aku harus mengenang pilu.


Saturday, October 15, 2022

Tentang sunyi

Dapatkah kau merasa

Dari kata-kata yang tertulis

Tentang sepi

Tentang sunyi

Tentang hati yang sarat lara

Memeluk malam hening

Mengirai sesal

Dapatkah kau melihat

Mendengar..

Dari ayat-ayat yang berhamburan

Tentang aku

Tentang harapan

Tentang mimpi yang mati

Merayu pada langit alam yang koyak

Di balik lelah hidup

Di sisa-sisa nyawa

.

Dapatkah kau mengerti

....Tentang sunyinya sunyi...


Thursday, October 13, 2022

Titik

Aku mahu kamu

(Noktah)

Sunyi

Ia kebisuan yang melampau

Gelap pekat

Keliru dalam celaru

Sejuta rasa

Yang tiada rasa.

Jauh..lalu hilang

Pernahkah kau merasa

Seperti berdiri di puncak

Menghulur tangan

Cuba menggapai sesuatu

Namun sejauh mana kau gapai

Tetap tak sampai 

Lalu kau genggam tangan yang kosong

Membuka jari jemari

Melihat ketiadaan

dan angin bertiup

Menghembus semuanya pergi

Melintas di depan mata

Makin jauh dan jauh..

lalu hilang.

Waktu

Andai aku hitung detik masa

Derap-derap langkah merentas hidup

Sungguh! Ia menakutkan

Setiap saat yang hilang

Setiap kenangan yang terbuang

Ingatan berciciran bagai hujan

Gugur ke bumi tanpa belas

Menjadi arus sungai

Hanyut ke mana...

Wednesday, October 12, 2022

Ingatan untuk Diri

Putus asa, bukan rasa yang biasa-biasa.

Ingatan,

Jangan biar rasa putus asa itu,

Menjadikan diri kau lemah rebah,

Biar sampai satu masa,

Rasa putus asa itu sendiri berputus asa untuk mendekati kau.

Kerana dia tahu kau cekal

Kerana dia tahu kau tak mudah lemah

Kerana dia tahu kau tabah

Sabar walau pahit

Redha walau payah

Pasrah walau tak mudah


Dari hati ke hati

Bilamana kau menulis dari hati

Maka ianya akan sampai ke hati.

Tahun-tahun yang Berlalu

Kelakar.. atau ironi?

Walaupun sehari-hari sekadar terperangkap dalam rutin yang sama, namun tanpa sedar dah bertahun-tahun waktu saya habiskan.

Macam angin, datang dan lalu. Pergi begitu sahaja.

Ia bergerak dan terus bergerak walau minda selalu leka dan lupa.

Dan sekali lagi..waktu berlalu. Bermakna memori-memori dulu makin jauh, makin usang dan lapuk.

Walau dicongak dengan sifir dan kira-kira bentuk apa sekalipun, memori yang berlalu itu tetap sesuatu yang menyedihkan.

Tuesday, October 11, 2022

Hakikat sepi

Hakikat sepi

Nyatanya yang pasti aku berdiri sendiri

Menoleh kiri dan kanan

tapi sepi mengekori

Sepertinya sepi itu mengerti

bahawa aku dan sepi itu bersahabat sejati

Hingga kini ia tetap setia

menemani aku ke mana saja.


Rasa ini

Cukup aku tak kuat memikirkan keadaan yang mewujudkan aku cuma

sebagai satu persinggahan.

Atau ini juga sebenarnya cuma satu kebiasaan.

Kebiasaan yang bakal hilang. Pergi.

Apabila sudah tidak lagi biasa

Apabila sudah mula tidak difahami kembali

Apabila yang ada jadi tiada

dari kebersamaan tadi,

eloklah aku bersedia saja untuk kembali menyambut diri

yang berkemungkinan besar akan 

tersembam lama.

Thursday, October 6, 2022

Wednesday, October 5, 2022

Pain inside

Time doesn't heal anything

It just teaches us how to live with the pain

Surat Buat Tuhan (iii)

Tuhan..

Kau mengujiku lagi

Betapa banyak dugaan yang ku lalui

Lalu kini kau menghadirkan dia

Mengapa sekarang

Sungguh aku tak mampu menghadapinya

Disaat jiwa kosong

Dia muncul untuk mengisi

Perlukah aku berdamai dengan takdir ini?

Aku buntu, aku keliru

Wahai Tuhan,

Jika ini yang terbaik untukku

Kau permudahkanlah

Dan andai ini tidak baik untukku

Maka kau jauhkanlah

Aku hanya hamba-MU

Tetap pasrah

Walau pasrah itu payah.

Tiada daya upayaku

Aku tak mampu menyayangimu seperti mana kau menyayangiku

Bukan ku tak mahu tapi keadaan tidak mengizinkan

Maaf atas segala kelemahan ini

Walau apa pun, akanku pahat namamu

Jauh di sudut hatiku yang paling dalam

Akanku sulam doa dalam setiap sujudku

Moga kau bahagia selamanya

Ketahuilah sesungguhnya mengenalimu adalah

satu memori terindah yang pernah ku lalui dalam hayat ini


*Hakikatnya aku tak rela kehilangan kamu.


Sunday, October 2, 2022

Kamu di mana

Rindu

Hanya itu yang ku tahu

Saat kau mendiam

Mana kamu

Datanglah dalam mimpiku..

Saturday, October 1, 2022

Hati yang degil

Hati

Kenapa kau degil

Membenam duka dalam diam

Melonjak resah dalam kelam

Mencari cinta yang suram.

Hati

Mengapa kau begini

Selalu resah tak berteman

Selalu sunyi tak bertepi

Melayan gelodak perasaan.

Hati

Relakan segalanya

Untuk meniti sebuah kehidupan

Usahlah kau resah dalam diam

Teruskan melangkah.


* Aku yang pasrah dan kalah.

Sendiri dan sendiri lagi

Hati ini sekian lama begini

Ditinggal sepi dibiar usang

Takkan pernah ada yang tahu

Andai ada yang menoleh

Hanya jelingan bersahaja

Untuk apa berkongsi derita

Jika hanya menambah luka

Biar luluh biar hancur

Ku cuba rawat sendiri

Sesungguhnya

Tiada lagi air mata

Untukku tangiskan.

Hadam semua

Sesak nafas

Sebak dada

Bertahan

Telan walau tersekat 

Hadam

Sampai bila...........

Thursday, September 29, 2022

Malam

Malam gelap

dingin sedingin salju

Merentas urat

Bawakan secebis rasa

Rahsia ini

Menyatu dalam genggam- Mu

Jauh di dasar hati

Bila kau berusaha untuk menyelam

Jauh hingga ke dasar hati aku

Akhirnya nanti kau akan tahu

yang dasar hati ini

Kering dan berdebu.

Surat Buat Tuhan (ii)

Tuhan..tolong jagakan dia dalam setiap langkahnya

Sungguh perjalanan dia masih jauh

Dan mungkin jua penuh liku

Kau tetapkanlah dia dalam iman.

Walau aku bukan siapa-siapa 

Aku tetap bermohon agar dia sentiasa dalam pelukan-Mu

Sayangi dia seperti mana kau menyayangiku.

Meski pun di akhir cerita

Bukan aku yang mendampinginya

Moga dia mengingatku 

sebagai bahagian terbaik  yang pernah

dia lalui semasa hayatnya.


* Sayang itu anugerah*


Wednesday, September 28, 2022

Ntah

Bagaimana boleh aku lepaskan 

sesuatu yang bukan milik aku..

Di antara

Di antara kehidupan,

Selalu ada cinta dan kepedihan

Dan aku berdiri di antaranya!

Hingga kini aku betah bertahan

Melainkan dalam satu hal.

Apa?

Saat terhimpun

Jiwa sesak di depan tuhan.

Tuesday, September 27, 2022

Nota hati

Aku mungkin dilihat kuat dan tabah di mata orang

Pada sisi cermin orang, aku seorang yang berdikari

Biarkan saja dia buat itu, pasti boleh

Biarkan saja dia buat ini, mesti selesai

Padahal orang tak tahu

Aku rosaknya di dalam sini

Nak dikhabarkan pada siapa..aku tak reti

Lalu disimpan berhari malah bertahun

Menunggu masanya meledak

Tapi sentiasa ditahankan si hati.

Penat

Aku ini penat

Aku ini sudah letih

Tiap kali kau hampir

Tak ada senyum yang kau ukir

Tiap kali kita bicara

Tak ada kisah yang buat aku ketawa

Memikirkan hal kita

Buat aku rasa lelah

Bukan niat aku mengatakan kau salah

Tapi bila kau buat tak kisah

Aku pun rasa menyampah

Last sekali

I give up

I'm all exhausted

Why am I the only one

To be there for you at all times?

Where were you when i cried?

What did you do when i need you?

N.O.T.H.I.N.G

Sudahlah..

Kau buat aku rasa lemas

Tak cukup udara

untuk aku bernafas

Beri aku sedikit ruang

Biar kita jauh sejarak

Untuk kita sama-sama

Menilai diri.