Tuesday, November 17, 2009

Perpisahan itu suatu kesukaran

Assalamualaikum wbt.

Perpisahan adalah suatu hidup yang susah.
Perkara yang sangat sukar.
Amat sukar.
Perpisahan adalah kesukaran yang berat.
Lalu keberatan itu membebani segenap jiwa dan raga.
Barangkali lebih rela tidak bertemu,
Lalu mengenali, jika akhirnya berpisah.

PERTEMUAN kami sudah berakhir. Ini adalah permainan waktu. Pabila kita menunggu, waktu menjelma menjadi suatu keadaan yang menyeksakan lalu dirasakan sangat panjang dan lama. Sedang pabila kita tidak mahu ia pergi dengan deras, lalu waktu berlari dengan lajunya dan memintas seribu satu bicara. Maka, kelu sudah menjadi lafaz tersimpan.

Dua tahun lebih mengenali kamu semua, suka duka ditempuhi bersama. Sedar tidak sedar, saya sudah berada pada hari-hari terakhir yang entah bila lagi akan dapat bertemu kembali.Untuk ke seribu kalipun, saya cukup merasai bahawa perpisahan itu sukar. Ya, amat sukar.
Walau segembira manapun saya dengan keputusan yang tersurat namun kesedihan meninggalkan teman-teman amat terasa.

Selama saya menjalani hidup di daerah ini saya telah melalui masa-masa yang sulit serta saat-saat yang melelahkan dengan pelbagai ujian padahal saya telah berjalan di atas jalan kebenaran. Pun begitu saya yakin bahawa suatu hari kesusahan akan sirna, kelelahan akan hilang dan yang akan tersisa bagi saya adalah kamu semua: sahabat-sahabat saya. Hari ini saya sedar, bila apa yang dinamakan takdir itu menentu, saya pasti akan fahami sesuatu.

Sebagai tribusi saya tujukan entri ini kepada Kak Suriya, Kak Zai, Zaleha, Mas dan Mek Na. Terima kasih atas segala..

Wassalam.

2 comments:

khuzaimahhassan said...

as..kak zai baru sahaja comfirm nama sekolah yang baru,smk kota samarahan.5 min.je dr rmh br kami.kak zai harap,azmah akan temui teman baru di tmpt br..pertemuan dan perpisahan adat dunia.2 tahun mengenalimu..membuatkan kak zai rasa muda seperti kalian..gelak tawa dan tangis kita bersama..tak akan kulupakan..terima kasih kerana kenangan kita bersama...

khuzaimahhassan said...

as..kak zai baru sahaja comfirm nama sekolah yang baru,smk kota samarahan.5 min.je dr rmh br kami.kak zai harap,azmah akan temui teman baru di tmpt br..pertemuan dan perpisahan adat dunia.2 tahun mengenalimu..membuatkan kak zai rasa muda seperti kalian..gelak tawa dan tangis kita bersama..tak akan kulupakan..terima kasih kerana kenangan kita bersama...