

Saya dan kak Zai merancang untuk pergi berkelah di Tanjung Lubang tetapi ketentuan Ilahi melebihi segala. Lalu perkelahan itu dibatalkan dan dengan senang hati kak Zai mengajak saya ke rumahnya. Begitu meriah suasana di rumah kak Zai dengan kehadiran kak Su sekeluarga, Zaleha sekeluarga, Nujaimi sekeluarga serta kak Sarimah (juga sekeluarga). Sungguh seronok anak-anak masing-masing bermain. Saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar tetapi semalam saya ada berkunjung melihat blog Amir dan saya amat tertarik melihat gambar-gambar yang terdapat dalam gallerinya. Lalu saya telah pinjam beberapa gambar dari koleksi tersebut. Apa yang kamu semua lihat di atas..itulah dia..
Saya berfikir sejenak, apa sebenarnya yang membuatkan dunia kanak-kanak nampak begitu gembira?Apa sebenarnya yang mereka nampak dalam dunia ini.. mereka begitu ceria seolah-olah langsung tidak ada masalah dalam hidup mereka. Tipulah kan kalau kata tak ada masalah.. Masalah tu ada cuma ia tak nampak begitu significant...Masalah mereka>> berebutkan makanan, cemburukan adik-beradik, mak ayah tak bagi ikut berjalan, kena marah dengan kakak abang..tak tahu buat kerja sekolah, marah sebab konon-kononnnya sebahagian makanan dia sudah dirembat orang lain.. dan macam-macam lagi.
Kanak-kanak memang suka bermain dan bermanja. Kalau menangis pun untuk menarik perhatian. Suka meniru dan gemar dipuji. Senyum meleret bila dihargai dan terkinja-kinja keriangan apabila dibelikan hadiah dan barang permainan.Pagi merajuk, tak sampai tengahari dah ok semula. Paling-paling teruk pun sampai malam sahaja.Cara ni bagus sebenarnya, orang kata JANGAN SIMPAN DALAM HATI. BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH.
Kanak-kanak sentiasa suka akan kedatangan hari-hari baru..datangnya hari baru bererti ada perkara baru yang lebih seronok akan mereka lalui.. sebagai contoh dapat jumpa kawan-kawan atau dapat main lagi di padang permainan serta dapat beli lagi sticker yang mereka suka. Maksudnya mereka hanya FOKUS PADA PERKARA-PERKARA POSITIF DALAM HIDUP dan LIVE IT UP EVERY MOMENT. Yang tak eloknya, kadang-kadang mereka tak boleh nak kongsi barang-barang , apatah lagi kasih sayang. Bila mereka bergaduh, masyaAllah, nak roboh rumah dibuatnya. Tapi kita sebagai yang tua, yang matang, yang mendidik, kenalah pandai membimbing, tunjukkan jalan, akhlak dan contoh yang baik untuk mereka ini.
PENDIDIKAN ASAS BERMULA DARI RUMAH. Adalah lebih elok jika pendidikan yang diberikan itu adalah yang selari dengan cara hidup Islam. mungkin boleh dilonggarkan sedikit dari segi puasa contohnya.. apa yang penting kita bagi mereka faham apa itu cara hidup Islam.. dan sudah semestinya kita juga kenalah ikut buat sama..contohnya : takkan lah kita suruh adik-adik kita pergi masjid atau surau untuk solat tapi kita sendiri pergi pasar malam sebab nak makan murtabak yang diidam-idamkan sejak 2 minggu lepas.. ini merupakan tunjuk ajar yang salah. Atau kita ajar mereka supaya jaga kebersihan, tak elok buang sampah merata-rata, tapi kita kat rumah bukan main liat lagi nak bersihkan bilik sendiri.. jangan kata bilik, meja belajar atau katil pun dah cukuplah buat bukti betapa lainnya apa yg diajar dan apa yg dibuat.
Renungan;Sama-sama kita perbaiki diri agar kehidupan mendatang lebih menjanjikan bahagia dalam mencari keredhaan Ilahi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment