Aku yang menyaksikan susah payah kamu demi mencapai impian
Aku yang berusaha membantu dan memberi sokongan atas apa yang kamu inginkan
Kerana aku tahu
Kerana aku faham
Perasaan bila mana kita dapat capai apa yang kita idamkan sejak kian lama
Mungkin hari ni kamu telah berjaya realisasikan impian yang saban hari kamu luahkan pada aku
Mungkin...aku hanya mengagak sahaja kerana kita sudah menjadi asing
Tapi andai benar, aku sangat ralat
Betapa aku ingin melihat keadaan kamu tika ini tapi nyatanya aku tidak tahu bagaimana.
Sungguh- sungguh aku terkilan
Hanya DOA untuk kamu
'Moga kamu gembira, walau aku menahan tangis'
8 Mac
Jumaat
5.40 pm
No comments:
Post a Comment