Thursday, March 28, 2024

Nuzul Quran

17 Ramadhan

Nuzul Quran

Rindu kamu sangat- sangat

Tak tahu nak luah macam mana

Atau pada siapa...

Tuhan...

Jagakan dia

Wednesday, March 27, 2024

Masih sama

16 Ramadhan

Diam membisu

Masih tiada khabar dari kamu

Dan aku

Tetap menunggu

Bagaimana cara untuk aku lupakan kamu

Aku tidak tahu

Tuesday, March 26, 2024

Waktu

Dan waktu tak pernah menghapus jejakmu

Hingga kini masih ku peluk erat bayang tentang dirimu

.

Aku masih sabar menunggu khabar dari kamu

Kembalikan jiwaku

15 Ramadhan

Andai saja boleh ku pinta sesuatu darimu

Mungkin tak banyak yang perlu kau penuhi

Cukup kembalikan semula separuh jiwaku yang tertinggal dalam hatimu


Saturday, March 23, 2024

Sulit

12 Ramadhan

Jika nanti kita dipertemukan lagi pada versi terbaik masing-masing

Maka duduklah sebentar

Biarku ceritakan bagaimana sulitnya aku menjalani hari- hari yang tidak ada kamu.

Friday, March 22, 2024

Warded



Tiada lagi bicara

Semua tersimpan di lubuk hati paling dalam 

Infinity

11 Ramadhan

Aku masih di wad

Masih tiada khabar dari kamu 

Tapi tidak mengapa

Biar saja aku simpan rindu ini

Moga kamu bahagia

Cukup bagi aku jika kamu gembira

Sayang aku untuk kamu sampai bila²

Hingga nafas ini terhenti


Thursday, March 21, 2024

Kamu yang ku semogakan

Setiap hari menunggu text dan call dari kamu

Setiap hari tak pernah lupa pada kamu 

Apa agaknya khabar kamu Bie

Begitu mudah kamu lupakan aku

Namun ketahuilah

Dalam setiap doa aku sebut nama kamu

Moga tuhan yang baik sentiasa menjaga kamu

Moga kamu sentiasa sihat

Moga rezeki kamu melimpah ruah

Moga kamu gembira sentiasa

Moga ada hari untuk kita jumpa lagi

Bukan niatku

9 Ramadan 

Aku tidak pernah melupakannya

Aku hanya berhenti mengganggu

Dan membiarkannya hidup seperti mana yang dia mahu.

Namun tidak mudah untuk aku melakukan itu

Sebelum aku masuk OT semalam

Lama ku pegang phone dan berkira-kira

Samada nak call atau nak text

Akhirnya aku simpan sahaja phone 

.

Moga kamu baik² saja

Tuesday, March 19, 2024

?

Rindu kamu dalam setiap hela nafas

Dan kamu

Masih ingatkah pada aku

Luka paling dalam

8 Ramadhan

Ternyata sakit yang paling dalam bukan lagi dengan meluah kata-kata. Bukan lagi menangis hingga bengkak ke dua mata. Bukan lagi teriak ingin didengarkan.

Bukan juga mengeluh agar menemukan bahagian yang masih mampu dibaiki.

Melainkan diam, diam dan diam kerana memang sedalam itu lukanya hingga tak satu katapun mampu mewakilinya.

Monday, March 18, 2024

Masih tiada khabar

Bagaimana keadaan kamu tika ini agaknya
Begini asing kita sekarang
Tanpa berita
Tanpa khabar
Dan aku
.
Akan tetap menunggu khabar dari kamu
Sentiasa doa ini untuk kamu
Sihat - sihat selalu yer
Moga Allah mudahkan setiap urusan kamu

Terluka

7 Ramadhan

Kamu memang tidak memintaku pergi namun juga tidak membuatku tetap ada.

Sungguh itu membuatku sangat terluka

Saturday, March 16, 2024

Kisah yang tersimpan



Aku sakit

Tiada tempat lagi untuk aku bercerita 

Semua aku simpan sendiri

Sungguh aku rindu saat tu

Harapan

5 Ramadhan

Setiap kali bangun pagi aku akan check telefon

Dengan harapan ada mesej dari kamu

Tapi hingga hari ini

Hampa

Harapan hanya tinggal harapan

Tiada lagi sapaan dari kamu

Semudah itu kamu lupakan aku

Sebegitu cepat

Sekelip mata

Hingga aku tertanya sendirian

Apakah kamu punya hati dan perasaan?


Friday, March 15, 2024

Persinggahan paling sulit

Jika kau menjadikan aku tempat persinggahan

Akan ku pastikan aku adalah tempat persinggahan paling sukar untuk kau lupakan.

Memilih diam

Khabari aku jika sibukmu sudah reda

Aku lebih memilih menunggu daripada mengganggu

Tapi andai aku telah kau lupakan

Kau takkan pernah jumpa lagi orang seperti aku

Semangat yang hilang

4 ramadhan

Aku merintih meminta kekuatan dariMu tuhan

Tiada upaya ku lagi

Kalau dulu

Satu text darinya sudah cukup beri ku semangat untuk terus hidup

Untuk aku terus melangkah

Tapi kini tidak lagi

Aku makin longlai

Semangat aku terus hilang bersama dia

Tuhan..

Kalau lah..kalau...

Masih ada aku dihatinya

Kirimkan khabar

Sungguh aku rindu dia yang dulu 


Thursday, March 14, 2024

Suara kamu

3 ramadhan

Mendengar suara kamu sudah cukup bagi aku

Mungkin aku telah dilupakan 

Tidak mengapa

Tapi

Bila-bila kamu rasa tidak baik-baik saja

Bila² kamu rasa tersakiti

Dan perlu tempat untuk bersandar

Ingatlah aku yang selalu ada

Yang sentiasa peduli

Yang saban hari mendoa

Walau dalam apa jua keadaan kamu

Datang lah...

.

Kerana sayang ini tidak pernah berubah


Wednesday, March 13, 2024

Tuesday, March 12, 2024

Waktu makan

Berbuka apa kamu hari ini ya

Selalu saja ingat kamu bila tiba waktu makan

Tiada lagi

Biar ku simpan rasa rindu ini

Hingga akhir nafasku

Kerana hanya dirimu

Yang terindah dalam hidupku

Kenangan itu

Tetap kuat dalam ingatanku

Hari ini satu ramadhan

Walau tiada lagi sapaan dari kamu

Doaku tetap sama

Tidak berubah sama sekali

Moga Allah mempertemukan kita kembali di suatu hari yang entah bila

Tinggal kenangan

-Satu ramadhan-

Aku rindu wajah yang tak mampu ku tatap

Aku rindu senyum yang tak bisa ku lihat

Aku rindu suara yang dulu sering aku dengar

Aku rindu pada tawa yang pernah mewarnai hari-hariku

Aku rindu sapaan yang tidak lagi bertandang

Rindu semua tentang kamu

Monday, March 11, 2024

Berserah

 Tuhan

Hanya Engkau saja yang tahu keadaan aku tika ini seperti apa

Aku mengadu padamu sepenuh hatiku

Aku berserah segalanya padamu

Berilah aku yang terbaik Tuhan



Tiada siapa

Cuma aku

Luka ku

Dan tuhanku

Takdir apakah ini

Hancur

Sehancur apa pun aku sekarang

Ternyata tiada siapa yang peduli

Apa lagi yang memahami

Aku yang menjeruk rasa

Entah sampai Bila

Tuhan..

Maafkan aku atas semua rasa ini

Maafkan aku yang masih tak mampu berdiri teguh

Tolong beri aku kekuatan 


Bagaimana

Aku rindu kamu
Sangat
Tapi aku tahu
Kita takkan dapat jumpa lagi
.
Lalu
Bagaimana nak redakan perasaan ini

Tiada tajuk

Aku tak nak menangis

Tapi kenapa aku menangis

Aku hidup dengan hadirnya kamu

Tapi akhirnya kamu yang mematikan aku

Alangkah

Adakah kamu gembira

Dengan keadaan aku yang begini

Tiada lagi khabar

Semudah ini kamu lupakan aku

Tanpa sapa

Tanpa khabar

Tanpa segala

Tapi aku

Bagaimana untuk aku lupakan kamu

Tambahan pula menjelang ramadhan ini

Aku tak mampu

Ke mana lagi nak ku cari kekuatan yang hilang

Kesihatan aku makin merosot

Senyum aku makin pudar

Ketawa aku makin tipis

Semua dibawa kamu

Jika masih ada aku di hati kamu

Berkhabar lah

Aku menunggu


Sunday, March 10, 2024

Sampai hati

Satu saja yang ingin aku ungkapkan khas untuk kamu hari ini

*Sampai nya hati*

Saturday, March 9, 2024

Kecewa

Aku yang selalu peduli

Kini memilih untuk diam

Buat lah sesuka hatimu

Andai itu buat kamu bahagia

Akhirnya

Dan akhirnya hari ini

Aku berhenti mencuba
Aku berhenti berharap
Aku berhenti bertanya khabar
Aku berhenti percaya
.
Aku diam walau masih di sini
Berbahagialah kamu

Friday, March 8, 2024

Terlambat

Terkadang seseorang terlambat menyedari bahawa sikapnya telah menyakiti
Lalu baru mencuba untuk memperbaiki ketika perasaan untuknya telah mati.

Terkilan

Aku yang menyaksikan susah payah kamu demi mencapai impian

Aku yang berusaha membantu dan memberi sokongan atas apa yang kamu inginkan

Kerana aku tahu

Kerana aku faham

Perasaan bila mana kita dapat capai apa yang kita idamkan sejak kian lama

Mungkin hari ni kamu telah berjaya realisasikan impian yang saban hari kamu luahkan pada aku

Mungkin...aku hanya mengagak sahaja kerana kita sudah menjadi asing

Tapi andai benar, aku sangat ralat 

Betapa aku ingin melihat keadaan kamu tika ini tapi nyatanya aku tidak tahu bagaimana.

Sungguh- sungguh aku terkilan

Hanya DOA untuk kamu

'Moga kamu gembira, walau aku menahan tangis'

8 Mac

Jumaat

5.40 pm

Thursday, March 7, 2024

Sakit

Sakit

Pada siapa lagi harus aku luah

Hanya pendam

Dan aku takut

Suatu hari sakit ini perlahan- lahan membunuhku

Monday, March 4, 2024

Kuatkan

Tuhan

Kuatkan aku menerima semua ini

Aku perlu pelukMu

Aku tetap sama

Tak akan aku buang sayang ini 

Walau semesta memisahkan kita

Sayang aku untuk kamu tetap sama

Doaku juga tetap sama

Semua kenangan bersama kamu

Aku bawa sampai mati



Peluk aku Tuhan

Ya Allah

Tolong yakinkan aku bahawa semuanya akan baik- baik sahaja. Genggam tanganku untuk melewati semuanya termasuk menerima apa yang tidak aku inginkan.

Yang Maha membolak balikkan hati, air mataku sering menitis tapi sungguh aku tidak pernah menyesali takdir ini. Dan mungkin keluhku sering terdengar tapi sungguh aku tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa.

Aku tahu semua atas kehendak-Mu

Maka tolong peluk aku di saat aku sendiri tanpa siapa memahami.