Monday, February 27, 2023

Aku berundur

Aku berundur dan berhenti setakat ini
Anggap sahaja perhatian semalam adalah hadiah sepanjang kamu mengenali aku
Sakit sebenarnya tapi kamu yang menjadi alasan untuk aku melangkah pergi
Sukar...tapi perlahan- lahan aku cuba
Maafkan aku yang tak mampu memahami kamu

Wednesday, February 22, 2023

Rasakan

Jika kau hanya menjadikanku pelampiasan dari rasa kesepian, maka akan ku persembahkan riuh untuk kau rasakan.

Namun percayalah, itu ku lakukan bukan untuk memperjuangkan suatu k e b o d o h a n. 

Melainkan agar kau sadar erti kehadiran, setelah kehilangan.

Siapalah aku

Kerana aku bukan siapa-siapa

Kerana aku hanya menumpang kasih

Maka seharusnya aku sedar diri

Tidak berhak meminta lebih

Tidak perlu mengharap balasan

Tidak sepatutnya menggenggam angan

Kerana sampai suatu saat aku harus pergi

Meninggalkan semua...

Mohon halalkan segala apa yang telah kau beri untukku dan terima kasih atas semua kebaikan kamu.


Tuesday, February 14, 2023

Dulu dan kini

Dulu kita begitu dekat

Sedekat maghrib dan isyak

Sekarang kita mulai menjauh

Sejauh isyak dan subuh

Akhirnya

Airmata ini tiba-tiba mengalir tanpa ku pinta. Sangat sedih dan pedih. Tidak ku tahu bagaimana untuk diungkapkan. 

Wahai Tuhan yang baik.. ternyata kini rasa ini membunuhku. Aku perlu kekuatan. Tolong tanamkan kuat itu dalam jiwa aku.




Thursday, February 2, 2023

Tolong fahami aku juga

Jika kamu sibuk dengan urusanmu

aku akan memahami

Jika kamu sibuk dengan sahabatmu

aku akan memahami

Jika kamu tidak punya waktu untukku

Aku juga akan memahami.

Tapi...

Jika suatu saat nanti kamu temui aku

sedang berasa lelah menghadapi semua ini

Saat itu giliranmu untuk memahami.

Sebab

sekuat-kuatnya hati

Jika dipaksa harus memahami sendiri

Pasti akan melelahkan juga.

Pesan pada hati

Hati, rawatlah dirimu sepertimana engkau sentiasa merawatinya sepanjang tempoh nafas ini. Bukankah engkau sentiasa ditikam bertubi-tubi?  

Bukankah engkau sudah biasa dipijak lumat hampir mati? Usah risau, akhirnya bukankah engkau sentiasa memujuk diri?

Hati, aku tidak hirau andai engkau mahu menjadi sekeras besi, malahan tidak pula peduli andai busuk seperti bangkai, cumanya aku harap janganlah engkau mati rasa kerana andai itu berlaku, segalanya sudah tidak bererti lagi.

Aku sedang mencuba

Dalam tenang jangan di sangka tiada kocaknya.

Biarpun menerima tidak sepenuhnya 

masih mencuba untuk menyesuaikan diri

Hati mungkin sukar untuk menerima,

tapi takdir ilahi harus aku turutkan.

Dalam redha aku masih berpegang pada satu keyakinan.

Mungkin nak mengharap,tidak lagi

cuma keyakinan itu yang buat aku untuk terus jadi kuat.

Atau mungkin hanya sekadar untuk sedapkan hati yang sedang rawan.

Patah

Malam semakin larut. Dan aku terjaga. Lewat belakangan ini, aku mudah terjaga ketika tidur. Aku bangkit, dan melihat ada seseorang yang sedang duduk di hujung ranjang.

"Siapa kamu?"

Wajahnya terlindung di sebalik rambut yang panjang kehitaman. Sayap-nya merengkuh menutupi badan yang separuh telanjang.

"Aku, bidadari langit,"

Takut? iya. Takjub, lebih dari iya.

"Apa kamu buat di sini?"

"Hanya menumpang duduk. Sedang menjahit sayap yang kepatahan,"

 

Aku melihat jauh. Benar, sayap-nya patah. Luka. Dan si bidadari sedang menahan sakit menjahit semula sayap yang kepatahan.

 

"Kenapa sayap-mu patah?"

"Kerna aku menanggung doa kalian yang terlalu berat,"

 

Aku senyum. "Tuhan pasti tidak pernah menyuruh kamu menanggung doa aku. Malah, doa aku mungkin tidak pernah terangkat ke langit sekalipun,"

 

Bidadari itu membalas senyum lantas berkata, "Tidurlah. Hari ini belum sampai hari kamu. Sampai masa, aku datang semula,"


* Aku juga sedang patah*


Tanpa syarat

Bila rasa kita tidak lagi penting bagi dia

Jangan buat perkara yang sama seperti dia

Asalkan dia masih penting bagi kamu

Asalkan kamu tetap masih kamu yang dulu

Untuk dia... Tanpa syarat


Apa saja untukmu

Sedih..terkilan..terasa hati..merajuk

Aku tak pasti apa istilah yang sesuai untuk menterjemah apa yang aku rasa saat ini

Yang pasti masa telah merubah segala

Diamnya dia..seolah- olah ingin menjauh

Aku sudah menjangka ini namun hati tetap degil

lalu akhirnya diri harus menerima kenyataan bahawa aku dan kamu hanya sebatas angan

Pergilah ke mana saja

sejauh mana

asal kamu baik-baik saja

carilah bahagiamu

aku akan tetap doakan yang terbaik untuk kamu

tiada dendam malah sayang ini masih ku simpan.

Bertahan

Seperti yang sudah-sudah, meski tidak mudah tapi semuanya pasti mampu dilewati. Sekalipun dengan banyak keluhan dan tumpahnya air mata namun masih bertahan hingga kini..Tetapku teruskan perjalanan walau sendirian...

Aku yang sedar diri

Terkadang terselit rasa cemburu namun cermin berkata 'siapa dirimu'

Lalu ku tersedar aku bukan siapa- siapa

Hanya datang untuk menumpang kasih

Sentiasa ku berdoa moga kasih dan sayang ini tidak membunuhku

Tolong aku Tuhan..