Thursday, September 29, 2022

Malam

Malam gelap

dingin sedingin salju

Merentas urat

Bawakan secebis rasa

Rahsia ini

Menyatu dalam genggam- Mu

Jauh di dasar hati

Bila kau berusaha untuk menyelam

Jauh hingga ke dasar hati aku

Akhirnya nanti kau akan tahu

yang dasar hati ini

Kering dan berdebu.

Surat Buat Tuhan (ii)

Tuhan..tolong jagakan dia dalam setiap langkahnya

Sungguh perjalanan dia masih jauh

Dan mungkin jua penuh liku

Kau tetapkanlah dia dalam iman.

Walau aku bukan siapa-siapa 

Aku tetap bermohon agar dia sentiasa dalam pelukan-Mu

Sayangi dia seperti mana kau menyayangiku.

Meski pun di akhir cerita

Bukan aku yang mendampinginya

Moga dia mengingatku 

sebagai bahagian terbaik  yang pernah

dia lalui semasa hayatnya.


* Sayang itu anugerah*


Wednesday, September 28, 2022

Ntah

Bagaimana boleh aku lepaskan 

sesuatu yang bukan milik aku..

Di antara

Di antara kehidupan,

Selalu ada cinta dan kepedihan

Dan aku berdiri di antaranya!

Hingga kini aku betah bertahan

Melainkan dalam satu hal.

Apa?

Saat terhimpun

Jiwa sesak di depan tuhan.

Tuesday, September 27, 2022

Nota hati

Aku mungkin dilihat kuat dan tabah di mata orang

Pada sisi cermin orang, aku seorang yang berdikari

Biarkan saja dia buat itu, pasti boleh

Biarkan saja dia buat ini, mesti selesai

Padahal orang tak tahu

Aku rosaknya di dalam sini

Nak dikhabarkan pada siapa..aku tak reti

Lalu disimpan berhari malah bertahun

Menunggu masanya meledak

Tapi sentiasa ditahankan si hati.

Penat

Aku ini penat

Aku ini sudah letih

Tiap kali kau hampir

Tak ada senyum yang kau ukir

Tiap kali kita bicara

Tak ada kisah yang buat aku ketawa

Memikirkan hal kita

Buat aku rasa lelah

Bukan niat aku mengatakan kau salah

Tapi bila kau buat tak kisah

Aku pun rasa menyampah

Last sekali

I give up

I'm all exhausted

Why am I the only one

To be there for you at all times?

Where were you when i cried?

What did you do when i need you?

N.O.T.H.I.N.G

Sudahlah..

Kau buat aku rasa lemas

Tak cukup udara

untuk aku bernafas

Beri aku sedikit ruang

Biar kita jauh sejarak

Untuk kita sama-sama

Menilai diri.

Diam dengan rela

Terkadang tak terungkap

Dibiarkan selesa dengan diam merangkap

Senyum dilukis pada bibir

Untuk menutup yang terzahir.

Bercinta dan menderita

Maung sengsara menaungi bahagia

Sekepal darah di dalam berbicara

Cukuplah menggarit-garit segala.

Menekan dada

Mengunci telinga

Membuka mata

Mengharapkan pelangi tiba.


*Kalau bicara boleh merosakkan semua, aku pilih diam dengan rela.

Surat buat Tuhan (i)

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati bangunkan aku esok pagi.

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati jadikan aku seperti ini lagi.

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati ampunkan aku lagi.

Tuhan, apa harus aku lakukan?

Sunday, September 25, 2022

Hanyut

Aku mahu jelajahi kisah kamu

Aku mahu terokai diri kamu

Sisi manis kamu

Sisi pahit kamu

Sisi jahat kamu

Semuanya aku mahu tahu

Terlalu asyik mahu membaca kamu

sehinggakan aku hanyut

Terhanyut dengan rasa ingin tahu.

Bius aku

Tolong bikin aku kebas dengan hadirmu

Biuskan rindu dalam hatiku

Moga tiada rasa lagi

Buat sementara ini.

Definisi kamu

Jauh tak tergapaikan

Itu pengertian yang paling tepat

untuk definisi KAMU saat ini

Cuma satu yang pasti

Andai orang itu kamu

Sejauh apa pun

Selama mana pun

Walau tak tergapai sekalipun

Pasti akan ada jalan cerita terbaik

yang bawa kamu mendekat

Dan ku tunggu saat itu.


Saturday, September 24, 2022

Simpan aku dihatimu

Jika kamu tidak mampu memelukku

maka peganglah ingatanku dengan hormat

dan jika aku tidak berkesempatan berada dalam hidupmu

setidaknya biarkan aku hidup dihatimu

Moga masih tetap ada ruangan di situ

untuk seorang aku

Wednesday, September 21, 2022

Teman

Di saat hati berbilau dalam kelantangan taufan,

Kalian hadir menghadiahkan ketenangan..

Di saat perasaan bergolak di antara persimpangan

jalan terus atau berliku..

Kalian hadir menunjukkan arah tuju

Diketika diri ini seolah hanyut dipukul ombak deras..

Kalian menghulurkan tangan

Melapah hati yang keras.

Disaat aku hilang arah

Kalian terus memberi perangsang..

Syukurku pada tuhan

Kerana hadirnya

Kalian sebagai pendamping

Sebagai teman..



Pastikan tepat

Kalau 

niat kau untuk panah aku

Pastikan posisinya tepat di jantung

Kalau

Tersasar jauh melulu

Barangkali bencana bakal kau harung.

Ambillah

Pinjamlah jiwaku

Pinjamlah suaraku

Pinjamlah nafasku

Pinjamlah senyumku

untuk kau melalui hari-harimu

Asal kau baik-baik saja

Asal kau bahagia



Rindu

Pada setiap satu gugurnya daun

Itu adalah rinduku

Setiap angin yang menghembus

Itu adalah nafasku

Walau ia bukan cinta

Tidurmu tetap tak lena

Sejuk embun itu adalah sentuhanku

Rasailah

Biar segar pagi hari-harimu

Secantik merahnya mawar

itulah senyumanku

Sambutlah

Sebagai peneman mimpi tidurmu.

Tuesday, September 20, 2022

Sampai bila

Lembar takdir inikah yang salah

atau tuhan sengaja bermain helah

atas hadirnya kamu

Aku cuma belum tahu

Berkisahnya kita sampai bila..


Jujur

Jujur walaupun pahit

adalah ubat

buat luka yang digores

oleh tajamnya bohong

yang manis.

Bila-bila

Bila-bila kau resah

Bila-bila kau lelah

Bila-bila kau payah

bila-bila kau mahu didengarkan

Toleh ke sisi

Ada bahu untuk dikongsi

Ada telinga untuk ditadah

Itu lah aku!

Bunuh Rasa

Sampai mati pun 

aku tak percaya

Selagi aku tak tahu

Apa isi dalam hatimu

selagi itu aku bunuh

semua putik rasa dalam hati ini

Kisah Silam

Kisah silam memang payah nak tenggelam

Walau dicuba padam namun tetap akan datang

Biar kau lari seribu batu

Bayang-bayang tetap dibelakangmu

Dekat denganmu!

Malah langsung tak pernah meninggalkanmu

Dua kemungkinan

Jalan cerita ini ada dua kemungkinan

Antara 'sekarang belum waktunya'

atau memang 'bukan untuk selama-lamanya'

Jangan

Haluan kita berbeza

Jalan kita tak sama

dan akhirnya kita harus sedar bahawa 

kita tidak akan bertemu di penghujung.

Maka...

Jangan pernah menyimpan perasaan pada seorang aku

Teruskan mencari bahagiamu sendiri.


Maaf atas segala kekhilafan aku

Monday, September 19, 2022

Tersasar

Aku sering tersalah jalan terlepas simpang

Namun untungnya

Aku masih tahu jalan pulang!

Sunday, September 18, 2022

Hikmah

 Apa saja yang berlaku sekarang, kita sebenarnya sedang dididik secara langsung oleh Tuhan tentang hikmah dari setiap pilihan-pilihan yang kita buat dalam hidup.

Jangan Berpaling

Biar dunia berantakan

Biar seisinya tidak mempedulikan kamu

Biar tiada siapa mengerti

Ketahuilah bahawa aku masih di sini

Tetap di hati kamu

Sedia mendengar

Setia menadah telinga

Walau bukan di depan mata.

Maka datang lah...

Jangan pernah berpaling dari aku

Kerna sesungguhnya kamu adalah

Bahagiaku.

Kata hati

 Jangan terlalu dituruti hatimu

Jangan..

Kerna ia membinasakan

Kamu tahu itu tidak wajar

Semahunya kamu mahu menurutinya

ia bahagia...ia tenang..ia sungguh indah

Tapi jalannya tidak benar.

Biarkan ia..

Kerna suatu hari yang pasti terseksa adalah

dirimu sendiri..

DIA

 Dia

Tuhan yang aku sembah

Tika ibadah

Adalah...

Dia tuhan yang aku sanggah

Tika maksiat