Assalamualaikum wbt.
Ada masanya saya suka mengira masa yang sudah lepas terkebelakangkan.
Cukup buat peringatan pada diri sendiri apa adanya cabaran yang telah di lalui dan boleh pula memandang kira berapa banyak parut luka.
Kira jua banyak mana piala jadi juara.
Dulu saya juga fikir bintang itu ada banyak.
Mungkin beribu atau jutaan barangkali.
Agaknyalah.Tapi itu dulu-dulu.Cerita lama.
Mungkin dulu saya kurang mengira dan kurang mahir berkira-kira rasanya.
Kerana saya tetap keliru kiraan selama ini telah silap.
Baru sekarang saya tahu bahawa
bintang itu zahirnya hanya satu.
Itulah "kamu".
Masih lagi akan saya tersenyum setelah saya congak tolak tambah bahagi hanya "kamu ' yang terang benderang .
Kali ini tak akan silap lagi rasanya perkiraan ini.
Harap-harapnya.Mudah-mudahan dengan izin Tuhan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment