Thursday, April 26, 2012

Meski walau

Assalamualaikum wbt.

apalah makna.
apalah erti.

meski tangan merangkul bayu dermaga.
walau mata mencium kaki langit di sini.

andai kau tiada.
andai aku sendiri.


Wassalam

Untuk detik ini

Assalamualaikum wbt.

untuk detik ini--
apa yang paling indah
adalah membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar sama jiran-jiran kiri kanan;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan.

untuk waktu ini--
apa yang paling megah
adalah darah-darah kering di siku lutut
bersama pedih tergesel batu di tapak tangan;
dan tak hilang selagi belum seminggu di badan.

untuk sekarang ini--
yang teramat rugi cumalah
anak-anak aku nanti yang tak kenal
bau maung tanah sendiri.

kita sudah terlalu moden untuk kembali ke dulu.
persamaan kita bukan lagi darah menyagat luka,
pedih menghambat rasa,
lumba dalam ketawa.

apa yang paling indah dan megah;
adalah bertelagah.

Wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Songsang

Assalamualaikum wbt.

Entah apakah kegilaan yang merasuk jiwa-jiwa manusia sekitar dunia hari ini.
Kian kita berasakan tidak lagi punya maruah sebagai manusia pabila perihal kemanusiaan makin tipis lantas kebinatangan di rasakan lebih sesuai bagi gambaran perlakuan manusia itu sendirinya.

Cukup janggal rasanya bila memperkatakan tentang iman kiranya manusia keliling dewasa ini lebih suka bercerita perihal mengaibkan dari berbincang dan meneleku kekurangan diri.

Yang kedengaran hanyalah suara-suara sumbang yang lantang kononnya memperjuangkan hak-hak minoriti mereka yang songsang dan tercela perilakunya.

Arus pemodenan meragut kewarasan minda.
Benarkah????

Wassalam.

Bintang itu kamu

Assalamualaikum wbt.

Ada masanya saya suka mengira masa yang sudah lepas terkebelakangkan.
Cukup buat peringatan pada diri sendiri apa adanya cabaran yang telah di lalui dan boleh pula memandang kira berapa banyak parut luka.
Kira jua banyak mana piala jadi juara.

Dulu saya juga fikir bintang itu ada banyak.
Mungkin beribu atau jutaan barangkali.
Agaknyalah.Tapi itu dulu-dulu.Cerita lama.
Mungkin dulu saya kurang mengira dan kurang mahir berkira-kira rasanya.
Kerana saya tetap keliru kiraan selama ini telah silap.

Baru sekarang saya tahu bahawa
bintang itu zahirnya hanya satu.

Itulah "kamu".
Masih lagi akan saya tersenyum setelah saya congak tolak tambah bahagi hanya "kamu ' yang terang benderang .

Kali ini tak akan silap lagi rasanya perkiraan ini.
Harap-harapnya.Mudah-mudahan dengan izin Tuhan.

Wassalam.

Lurus

Assalamualaikum wbt.

tiada yang akan sama
dari awal hingga akhir
kecuali satu garis lurus
_________________________________________________

hidup penuh dugaan
bersimpang siur
naik turun

jika dulu kita merangkak
sekarang berlari
depan mungkin merangkak kembali

jika dulu kita susah
sekarang senang
depan mungkin susah kembali

jika dulu kita lemah
sekarang sudah gagah
depan mungkin lemah kembali

hidup penuh dugaan
*cuba hidup dengan seyuman

Wassalam.

Wednesday, April 11, 2012

Baik-baik saja

Assalamualaikum wbt.

Nak yang baik-baik jadi..buatlah baik-baik sebab..

karma itu pasti..
Sesungguhnya apa yang kita lakukan hari ini mencorakkan apa yang kita dapat kemudian hari.


Wassalam.

Alangkah..

Assalamualaikum wbt.

Saya renung jari...
Kalau saja jemari dan akal ini punya ilham sehebat penulis novel dan karya saya bisa sahaja terbit sebaris mereka yang di kagumi, satu kepuasan yang selama ini saya cari idamkan. Berkarya untuk tatapan yang luas tanpa batas layaran pandang semata. Tapi apakan daya...diri ini tidak betah bermain kata..

Wassalam.