Tuesday, July 12, 2011

Trend masa kini

Assalamualaikum wbt.


Dalam sedikit masa lagi umat islam akan menjalani ibadah puasa. Seperti normalnya empat lima bulan lepas orang kita iaitu melayu sudah bersiap sedia sakan menyediakan kelengkapan untuk berhari raya terutamanya dari segi pakaian.


Disuatu hari seorang kawan bertanya saya, ''berapa pasang baju raya tahun ni?''saya hanya menjawab ''satu, itupun belum beli lagi''. Kemudian dia bercerita yang dia sudah punya 3 pasang baju raya. Belum ditambah lagi yang belum siap dijahit. Alahai....banyaknya!!


Saya sebenarnya tidak taksub untuk membuat baju raya yang banyak pada hari raya. Saya mungkin kuno dalam soal berfesyen di musim perayaan. Mungkin sebab keterujaan memakai baju kurung langsung tidak ada. Sebab hari-hari saya memakai baju kurung.Mungkin?


Secara jujurnya saya tidak pernah mempunyai lebih dari 2 pasang baju raya. Tapi trend orang sekarang, baju raya kena berpasang-pasang dari raya pertama hingga raya ke 30. Sesungguhnya saya belum mampu lagi untuk sampai ke tahap itu. errkkk!!!!


Persoalannya, baju raya sudah dibeli tapi puasa sudahkah habis diganti?? Tanya pada diri....


Wassalam.

No comments: