Wednesday, February 26, 2025

Untukmu Tuan

Tuan

Boleh aku minta sesuatu?

Bila nanti aku sudah tiada

Ingatlah bahawa sayang ini

Aku bawa hingga ke akhirnya

Dan

Jika masih ada rindu kamu buat aku

Atau setidak tidaknya terlintas aku dibenakmu

Sudilah kiranya kirimkan aku

Al fatihah 

.

Terima kasih tuan.

Kau tetap ada

Ternyata

Rindu ini tidak pernah pergi

Ke mana pun aku berlari 

Di mana pun aku melangkah

Kamu tetap ada

Sebati nya kamu dengan jiwa aku

Hingga tak mampu lagi untuk aku buang

Menetaplah kamu di sini

Selama dan selagi nafas dikandung badan.

Tuesday, February 11, 2025

Tentang kita

Sejauh ini kita berjalan

Tak tahu bagaimana pengakhiran

Di mana titik noktah

Tentang kita..

Tak pernah hilang

Dalam setiap helaan nafas

Di setiap detik waktu

Kamu

Ya.. kamu

Tak pernah hilang

Bayang kamu

Sentiasa mekar dalam jiwa

Wednesday, February 5, 2025

February

February..

Aku masih di sini 

Dengan perasaan yang sama

Dengan doa yang sama

Dengan harapan moga tahun ini  lebih baik dari sebelumnya

Baik untuk aku

Baik untuk kamu

Baik untuk kita

.

Ingatan pada kamu tak pernah hilang sejak waktu itu

Tak tahu bagaimana

Tak pasti kenapa

Hingga aku tertanya- tanya sendirian

Siapa kamu sebenarnya?