Monday, January 13, 2025

Januari 2025- Kita

Januari 2025


Setidak-tidaknya kita tiba juga didetik ini. Seranap apa pun perasaan, seruntuh apa pun hidup, kita tetap juga seorang kita. Kita tetap belajar berdamai dengan kenyataan dan cuba menerima semua hingga kita terbiasa dengannya.

Akhirnya, kita tahu untuk meminggir diri. Kita masih tahu caranya memadam api yang marak dalam diri. Perlahan-lahan cuba untuk menghilang dan menjadi yang paling naif serta tidak tahu apa-apa meski ada kala berusaha menjadi penyelamat pada banyak cerita.

.

Mungkin kita akan kecewa lagi. Sudah tentu. Kita akan kehilangan lagi. Sudah pasti. Hidup tidak mungkin akan baik- baik saja. Kita pun tahu semua itu. Seperti kita juga tahu, pada setiap transisi waktu, kita sedang belajar sesuatu. Ada yang tumbuh dalam diri kita meski secara rahsia dan tanpa sedar.

.

2025...

Rahsia tuhan yang masih tersimpan di balik tanda tanya. Namun dia tuhan...

Tahu semua,  susun semua, tetap kan semua saat kita masih meneka-neka seberat apa 2025 ini untuk kita.

Friday, January 3, 2025

Incomplete wish

Aku faham perasaan itu

.

Miata mx5

Aku simpan ia sebagai 

My incomplete wish

Moga ada rezeki

Diberi kesihatan yang baik

Diberi kelapangan

.

Dengan harapan impian ini tercapai

Dengan keyakinan bahawa

Jika Allah mengkehendaki

Tiada yang mustahil bagiNya



Wednesday, January 1, 2025

Kosong

2024

Telah berlalu

Aku mencari kamu di hari terakhir 

Hampa

.

Hari ini

1 Januari 2025

Masih mencari kamu

Tetap tiada di alam nyata

Hanya hadir lewat mimpi

.

Sampai hati kamu