Wednesday, December 18, 2024

Monolog

Tuhan

Sakit ini hanya Engkau yang tahu

Bantu aku

Lindungi aku

Kuatkan aku

Peluk lah aku dalam rahmatMu

Berharap

Tuan,

Boleh aku berharap?

Kelak,

Seiring masa

Cukup rambut kita yang memutih

Tidak dengan janji

Cukup raut wajah yang memudar

Tidak dengan ingatan

Cukup kita yang tutup usia

Namun

Tidak bagi cerita- cerita dalam darah kita

.

Boleh kah?

Tak pernah hilang

Aku merindukanmu

Lebih dari

Jejak yang kau tinggalkan

Kerana

Di balik sepiku

Yang dalam

.

Kau tak hilang

Masih ada

Jika
Suatu saat nanti kau rasa
Dunia tak begitu baik padamu
Maka
Biarkan aku memelukmu
Walau dalam lewat doa
.
Cerita segala keluhmu
Luah semua resahmu
Khabarkan seluruhnya
Agar kau tahu
Masih ada
Dunia bersama..
.
AKU

Friday, December 13, 2024

Tetap sayang

Sayang ini untuk kamu 
Tak pernah berubah 
Walau keadaan dan masa telah mengubah aku
.
Tiada lagi aku yang dulu
.
Jika masih ada aku di hati kamu
Hadir lah
Dan jika tidak, aku tetap doa yang terbaik buat kamu
Moga kamu sentiasa dalam pelukan Tuhan
Moga tiada yang menyakiti kamu
Moga kamu baik- baik saja.
.
Dan biarkan sakit ini 
Hanya aku yang rasa.