Thursday, June 30, 2011

Hubungan

Assalamualaikum wbt.

Berhubung dengan Tuhan serasa mudah.
Kerana dia maha segala..
Berhubung dengan manusia..
lebih banyak bicara dari fikir.
Nampak saja kukuh..
Tapi dasarnya rapuh!!!

Wassalam.

Wednesday, June 29, 2011

Ketentuan

Assalamualaikum wbt.


Yang susunnya kita,
Yang aturnya kita,
Tapi,
Jadinya?
Bukan jawapnya pada kita.

Berharaplah, agar yang kita harapkan adalah yang ditentukan.

Dan moga; apa saja hujungnya, kita ada sabar pada redha yang menunggu untuk peluk kemas hati nanti.

Wassalam.

Monday, June 27, 2011

Penghargaan

Assalamualaikum wbt.

Tidak perlukan penghargaan berupa ucap kata, cukuplah dengan satu rasa yang dapat saya rasa kembali...

Wassalam.

Friday, June 24, 2011

Masa silam yang dirindui

Assalamualaikum wbt.


Ada terlalu banyak benda dalam hidup yang perlu disyukuri.
Syukur untuk tidak menjadi yang begitu,
bersyukur menjadi sebegini.

Apa yang bakal jadi esok lusa, saya tidak tahu.
Dan iya, saya takut dengan dunia.
Tapi inilah kenapa hidup harus terus.
dan bukan berundur ke belakang.
Tidak ada hari-hari yang sama yang akan dilalui sekali lagi.

Susah sebenarnya.

Ada banyak rasa yang sudah lama mati di dalam diri.
yang saya mahu ia hidup semula.
Sebab ada sesuatu dari kehidupan lepas yang sangat saya rindukan.
Ada sesuatu dari diri yang biasa dulu, yang amat saya rindukan.

Wassalam.

Wednesday, June 22, 2011

Syukur

Assalamualaikum wbt.

Aku merasakan alun-alun sebal menari dalam litar saraf otakku tatkala terbeban dalam dunia serba mahal ini.

Mujurlah udara untuk kita bernafas masih dikira percuma dan belum diberi tanda harga oleh kapitalis dan sang penguasa.

Syukurlah.

Meskipun ada sedikit rasa mual memikir perihal helah manusia mencari untung laba .
segala seksa di galaskan pada bahu dan jemala kita-kita ini.

Entahlah.


Wassalam.

Ku cuba

Assalamualaikum wbt.

Seteguh konkrit
Sekeras batu

Jiwa yang ranap ialah jiwa yang belajar
Jiwa yang hendak mengenal diri sendiri
Aku nak berdiri sendiri

Aku cuba....

Wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

kisah pengorbanan

Assalamualaikum wbt.


Tanggal 3 jun 2011 saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 3.41 kg. Walaupun kelahirannya bukan secara normal, namun saya bersyukur kerana semuanya selamat meski pada awalnya banyak masalah yang mendatang.


Apa yang mendatangkan kesan di hati saya pada proses kelahiran ini ialah pengorbanan suami saya menjaga anak sulung kami Auni. Sejak kandungan saya menjangkau 9 bulan, Auni sering meragam minta didukung, setiap malam menangis tanpa sebab dan ayah merupakan orang yang dicari. ketika saya dimasukkan ke ward, saya memang tidak tidak ada daya untuk meluangkan masa bersama Auni. Jauh di sudut hati, naluri keibuan saya tersentuh kerana tidak mampu melayan kerenahnya. Saya merasakan saat-saat mesra saya bersama Auni makin hilang, serasa Auni makin jauh dari saya...


Dan ayah...akan membawa Auni ke mana saja. Tidak sesaat pun ditinggalkan Auni sepanjang saya di ward. Kalau sebelum ini Auni boleh tidur sendiri tapi kali ini, tidurnya mesti didukung. Semua itu diharungi oleh ayah dengan penuh sabar. Dalam hati saya berdoa, semoga suatu hari Auni menjadi seorang anak yang baik dan solehah...


Wassalam.