Friday, March 7, 2025

Terima kasih

Terima kasih untuk semuanya

Terutama

Atas ingatan kamu pada aku

Simpan lah semua itu

Moga menjadi tanda bahawa aku dekat di hati kamu

Sunday, March 2, 2025

1 Ramadhan

Tuan

Boleh aku berharap?

Moga suatu hari ada kesempatan untuk aku berbuka puasa bersama kamu

Ya

Satu hari saja bersama kamu

Tapi entah bila

Boleh kah?

.

Selamat berbuka buat kamu untuk hari ini

Satu ramadhan

Saturday, March 1, 2025

Mimpi

Rindu kamu dengan sangat

Sangat sangat

Terima kasih kerana datang dalam mimpi aku

Salam ramadhan

Hari terakhir sebelum ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa buat kamu

Jangan lupa sahur tau

Aku kejut kamu hanya melalui doa

Itu saja yang aku mampu

Maafkan aku


Wednesday, February 26, 2025

Untukmu Tuan

Tuan

Boleh aku minta sesuatu?

Bila nanti aku sudah tiada

Ingatlah bahawa sayang ini

Aku bawa hingga ke akhirnya

Dan

Jika masih ada rindu kamu buat aku

Atau setidak tidaknya terlintas aku dibenakmu

Sudilah kiranya kirimkan aku

Al fatihah 

.

Terima kasih tuan.

Kau tetap ada

Ternyata

Rindu ini tidak pernah pergi

Ke mana pun aku berlari 

Di mana pun aku melangkah

Kamu tetap ada

Sebati nya kamu dengan jiwa aku

Hingga tak mampu lagi untuk aku buang

Menetaplah kamu di sini

Selama dan selagi nafas dikandung badan.

Tuesday, February 11, 2025

Tentang kita

Sejauh ini kita berjalan

Tak tahu bagaimana pengakhiran

Di mana titik noktah

Tentang kita..